Posts

Showing posts from 2016

Jasa mu dikenang....

Hari ini Isnin 29 Ogos 2016. Dalam group whatsapp, hari ini adalah hari untuk meraikan pengarah yang akan bertukar ke Baahgian Nazir di Putrajaya mulai 1 Sep 2016. Untuk memberi kejutan hari meraikan perpisahan itu, pengarah sendiri tidak dimaklumkan ada majlis khas untuknya. Ini adalah cadangan cari beberapa kawan yang dipersetujui oleh timbalan pengarah untuk majlis ini. Tepat jam 12pm, semua pelajar dan staff MPIK telah berkumpul di Dewan Datok Razali, bagi majlis perpisahan itu. Dewan dah penuh dengan pelajar dan staff. menanti kedatangan pengarah yang diraikan....lebih kurang jam 12,15 puan pengarah datang diiringi oleh timbalannya yang juga seorang wanita sepertinya... Iringan masuk kedewan disambut pula oleh pelajar pelajar yang sedia menanti dipintu dewabn besar sehinggalah penagarah dan tetamu sekalian duduk. Majlis ambutan agak biasa biasa sahaja. Tidaklah macam meraikan orang pencen! Meraikan org pencen lagi meriah.... ah biasalah orang bertukar tugas ketempat lain..buat...

25 tahun di IPGIK hingga pencen tak dapat Anegerah Cemerlang?

Saya berpindah dari MPIk Bangi ke MPIK tahun 1990an. Kini sudah tahun 2016.Berapa tahun saya disini???kiralah sendiri. Sudah tentu agak lama. Pada zaman itu sehingga hari ini adalah tinggal 4 dan 5 orang sahaja orang lama yang masih kekal di MIPIK. Maksudnya dah ramai yang pencen sejak saya berkhidmat di MPIK atau bertugas ditempat lain. Telah berlalu 14 orang pengarah bertukar ganti. Tapi saya dan beberapa orang teman lain masih kekal di MPIK. Begitulah lamanya bertugas di MPIK. Namun apakah khidmat yang begitu lam mustahillah tiada apa apa jasa yang telah kami curahkan selama ini??? Kasihan juga bila seorang rakan saya yang akan pencen dalam beberapa hari lagi ini,menyuarakan hasrat hatinya yang agak kecewa kerana tidak pernah menerima apa apa APC yang diadakan setiap tahun. APC adalah anugerah Perkhidmatan cemerlang yang diadakan setiap tahun biasanya pada bulan Jun. Ketika ini,mereka yang dianggap cemerlang diberi anugerah sijil dan wang  dalam bentuk sijil Simpanan Premium...

PERHEBAT mengabehkan boras saje........

Setahun bergaul dan bekerja di PERHEBAT banyak pengalaman yang dapat ditimba. Nyata sekali perbadanan yang melatih bakal tentarea ayang akan berasara itu tidaklah " se gah"nama! Malah sesiapa yang pernah bekerja dan berkecimpung dalam pentadbiran PERHEBAT sangat memalukan. Kerajaan telah mengujudkan tempat itu untuk melatih bakal pesara tentera boleh berdirikari denganmasyarakat bila mereka keluar dari alam unit uniform! tapi apa yang saya lalui dan lihat ianya tidak menepati hasrat kerajaan itu. Proses kursusnya masih banyak yang boleh dipertikaikan dan ada juga kong tali kong sesama orang atasa dalam PERHEBAT itu sendiri. Seminggu sebelum saya melaporkan diri sebagai pengajar fotografi, pihak PERHEBAT di Sg Buloh telah mengadakan hari terbukanya dimana Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir telah datang merasmi dan menyaksikan pamiran yang diadakan oleh pihak PERHEBAT. Antara yang menanriknya dibahagian fotografi ada sebuah mesin cetak gambar NARISHU (kalau tak sila...

Rezeki Tuhan yang tentukan....

Semasa saya menghantar surat untuk cuti tanpa gaji selama setahun kepada boss saya, boss saya macam tak percaya sahaja tindakan itu.Maklumlah waktu tu gaji saya tak banyak mana,manakala anak ramai...sedangkan istri masih belajar di UPM! "Nak buat apa ambik cuti panjang sampai setahun?" tanya boss sya yang ragi ragu brangkali. "Buatlah apa apa kerja yang patut, asalkan jiwa saya tidak diganggu oleh pihak yang berkaitan" jelas saya tegas. Setelah dua hari bercuti dari Kementerian Pendidikan, seoarang rakan lama yang sama sama tinggal di kuaters MPI sebelum ini datang berjumpa saya. "Tempat aku nak pakai guru fotografi, interview kena datang esuk pagi" Katanya kepada saya disuatu petang di Kuala Lumpur. Saya yang ketika itu ibarat orang mengantuk disorongkan batal, amat berbangga dengan khabar berita dari kawan lama itu. Sebenenarnya bidang fotografi memang bidang saya. Semasa menunutu di USM dalam kurusus RSTP memang itulah bidang yang amat saya min...

Kes Mahkamah berjalan.....

Setelah borang perhononan cuti tanpa gaji dihantar kepada kepada boss dan saya pun mengosongkanlah bilik saya seadanya.Seolah olah memang tak mahu mahu lagi diganggu oleh pihak atasan saya terhadap saya. Gangguan psikologi dihantar bertujuan menghancurkan karier saya....ah persetan dengan mereka..apa yang penting kes dah difailkan! Tunggulah disana nanti kita tahu siapa betul atau siapa salahhhh Hari pertama kes perbicaraan dijalankan,saya lihat bekas pengarah BPG yang sudah pencen,orang kena saman En Razak dan beberapa pegawai Kementerian Pendidikan turut ada bersama Peguam Kerajaan yang mewakili orang kena saman... Saya hanya datang bersama seorang teman rapat bekas tentera bernama En Yahya. Saya rasa kawan kawan lain memang saya tak bagi tahu hal ini. Cuma dengan En yahya yang agak free ketika itu yang saya jemput bersama.EN Yahya ni orang Melaka tapi mennetap di Wangsa Maju Kl. Waktu tu hebat biznes sendiri. Mempunyai 3 orang isteri! Hebat mu Pak Ya!!!!! Yang peliknya, saya l...

Mahkamah juga akhirnya......

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Sederhana dalam segala segi. Emak bapak saya melarang sekali bercakap bohong.Dari kecil itulah yang ditekan sangat oleh emak bapa saya dari kecil hinggalah dewasa. Setelah bekerja sebagai guru selama 5 tahun dan beralih tugas sebagai pensyarah di maktab dibeberapa buah maktab perguruan, akhirnya saya tertekan dengan boss saya( dari catatan lepas) dan berakhir dengan tekat dan azam membawa kes itu ke mahkamah. Sebelum kes itu di failkan di mahkamah,ramai rakan sejawat yang menasihatkan saya jangan membuat kerja yang sia sia dan membuang masa! Mereka  berangapan orang atas tidak boleh dicabar dimahkamah! Malah ramai juga kawan yang rapat selama ini telah mulai renggang bila saya menyatakan cadangan akan membawa kes ini ke mahkamah demi keadilan diri saya.Disinilah saya sedar bahawa tidak semua kawan boleh dibawa berkawan bila kita didalam kesusahan.... Kebetulan juga saya mempunyai seorang rakan berbangsa India semasa bertugas di s...

Berani kerana benar.....

Berani kerana benar! Apa nak takut kalau yang kita lakukan itu benar dan tidak menyalahi  undang undang negara! Inilah  salah satu yang berlaku didalam karya hidup saya sebagai orang guru. Mana tidaknya kita kerja baik baik, buat kerja baik baik ,kawan baik baik tiba tiba dapat arahan hendak ditukarkan dengan tujuan menyusahkan diri saya dan keluarga! Alasanya prestasi saya menurun dan ada unsur unsur menghasut kekawan sejawatan. Hati mana yang tak remuk...memikirkan  bini masih belajar tanpa gaji manakala anak anak dah seronok bersekolah bersama kawan kawan mereka di Bandar Baru Bangi....Manakala saya duduk dikuaters yang sewanya amat rendah ketika itu Ah pening kepala memikirkan arahan boss itu. Saya memang  tidak setuju seratus peratus.Saya berdepanya dipejabatnya untuk mengetahui punca sebenar.Boss dgn muka selamba sahaja, dia tak mau terima saya lagi bekerja dibawahnya...... Apa yang dapat saya simpulkan boss itu dapat maklumat tidak betul mengenai diri sa...

Usia muda hebat bersemangat bekerja.....

Terinagt masa pertama kali mengajar di sekolah di Felda Trolak sekitar tahun 1980an.Waktu dan ketika itu harga kelapa sawit tengah hebat. Tengah melambung. Ketika itu para peneroka hidup mewah.Peneroka hidup mewah...sudah ada pakai Volvo 240! Gaji guru tak mampu nak pakai kereta yang dianggap mewah ketika itu. Zaman itu loan kereta hanya dapat pada guru besar sahaja.Ini telah ditetatpkan dalam pekeliling. Guru besar Sk Trolak selatan waktu itu seorang guru senior namanya Saidin Makmor, Orang lama dan orang kuat UMNO di Slim River. Mula masuk kelas mengajar waktu itu baru usia 19 dan 20an. Terlalu muda. Masih tersenyum senyum dalam hati bila pertama kali masuk kelas ketua kelas memberi arahan "bangun,,,,,selamat pagi cikgu..." hah haaah...malu pun ada, bangga pun ada bila dipanggil cikgu! Cikgu muda, baru keluar maktab. Guru besar bagi kelas tercurut! Kelas D ketika itu....suasa kelas amat menyuramkan....muka budak budak anak peneroka langsung tak ada mod belajar! kelas D la...

Rezeki dipenghujung usia...

Maut, Jodoh dan tanah perkuburan tak siapa yang tau dimana? Itulah yang sering kita dengar... Kawan saya sudah masih usia pencen pilihan dalam usia 58 tahun tapi rezeki jodohnya ada. Dia dapat anak dara yang usianya baru 47 tahun. Seorang guru berjawatan penolong kanan di salah sebuah sekolah di Taiping Perak.Yang pentingnya dapat restui dari bini tuanya yang memilki sebuah kedai jahiat pakaian wanita! Tahniahlah cikgu mad..... Bagi saya itu sudah jodohnya....kadangkala kalangan kaum lelaki ni memang niat dihatinya nak kawin lebih dari satu tapi yang ramainya takut dengan bini! Takut bini tua mengamukkkk. Kata orang takutkan bini lebih takut dari takutkan harimau... Ramai kekawan saya yang berjaya dalam hidup.Ada kereta mewah,rumah banglo besar, bisness baguss dan zahirnya memang hidup mewah, malah memang  mampu kawin lebih dari sorang tapi...takutttttt Bila berbicara dalam group whattsap bukan main lagi...siap hantar berbagai gambar gadis dan janda yang cun cun...tapi seta...

Kejohanan Olahraga ke 56 "Tiada rotan akarpun berguna"

Sudah hampir 13 orang pengarah institut saya bertugas di tempat saya bekerja sekarang! Hinggalah saya mendapat seorang pengarah wanita yang ada gelaran DR di depannya.Hebat!! Hebat!!! sukan tahunan kali(KOT) ini dijemput Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) untuk rasmikan sukan tahunan yang diadakan di padang institut ini sahaja... Selaku penjawat awam yang lama bertugas disini,saya  hanya tersenyum bila mahu mencetak buku program sukan yang dihantar oleh pelajar kepada saya.Dalam hati saya adakah masanya  KPPM nak merasmi sukan diinstitut ini.Banyak lagi agenda besar negara yang patut dibuat oleh KPPM dari untuk merasmikan sukan tahunan!!!! Bebebrapa persoalan timbul dikepala saya....rasanya tak pernah KPPM lancar hari sukan peringkat institut....sukanya bukanlah grand sangat...ciput aje...buat dipadang institut sendiri..baget tahun ni tak cukup...semua kena jimat...nak sewa stadium Cheras sebagaimana tahun sebelum inii!!! duit tak ada nak bayar sewaan... buatlah di...

SK Trolak Selatan mulai alam guru aku

Walaupun saya orang Perak tapi saya tak tau dimana letaknya Trolak Selatan! Bila dapat surat penempatan mengajar dari Kementerian Pelajaran setelah tamat pengajian dari maktab perguruan tahun 1980an aku ditempatkan di sekolah tersebut. Pelik juga nama tempat tu...pada hal bukan jauh dari kampung aku di Jeram Mengkuang Bidor lebih kurang 60 km sahaja! Pada hari Ahad sebelum mendaftarkan diri pada hari Isnin keesukannya, aku mengajak abang ipar aku (abang Kodin...sudah alahyarham dah) dengan scooter Vespanya, kami pun merondalah ke Trolak selatan! Barulah aku tau sekolah itu adalah sekolah Felda.Patutlah jauh kedalam dari jalanraya besar antara Sungkai dan Slim River. Dari Jalanraya besar lebih kurang 8 km. Jalanraya ada , jalan bertar. Jalan keliling kiri kanan penuh dgn pohon sawit yg sedang berbuah. Sekali sekali berseliseh dgn lori bawa sawit.. Rupa rupanya dalam ladang sawit itu ada penempatan peneroka. Atas bukit ada rumah staff Felda. Ada sebuah Masjid dipuncak bukit bersebe...

Mana nak cari duit 3bilion?

Dalam perjumpaan dengan kawan kawan sesama persekolah bulan lepas, kami dah putuskan akan menubuhkan Koperasi Bekas Pelajar SM Bidor!Antara visinya adalah untuk memajukan ekonomi negeri Perak selaian menjalakan aktiviti semasa pencen nanti...lagi dua tahun 60an bersara kerajaan. Idea untuk menubuhkan koop ini didatangkan oleh Cikgu Zainal Naseer yang merupakan bekas guru Sains Pertanian semasa bersekolah di tingkatan 1-3 di SMR Bidor tahuan 70an dulu! Semasa ketemu dikenduri cukur rambut cucunya di taping tahun lepas Cikgu Zainal dah memberi wang RM500 kepada salah seorang anak murid untuk membuat aktiviti KOOP! Rupa rupa untuk menubuhkan KOOP dizaman sekarang ni, bukan semudah menubuhkan KOOP 10 tahun dahulu.Pihak SKMM yg menguruskan bab pendaftaran Koop mengenakan beberapa syarat yang rasanya agak ketat juga. Mereka perlukan AJK pejana 5 nama. Perlu adakan sekurangnya nama, ni ic dan alamat 50 ahli yang ingin sertai! Jumlah bayaran ahli yg dirancangkan, rancangan aktiviti dan ber...

Guru tak ada yang kaya!

Mana ada guru yang kaya! Guru hanya hidup secukup makan jika dibandingkan dengan gaji bulananya! Kenapa tak kaya???? Ada guru di kampong kampong nampak kaya.Rumah besar dan kereta agak berjenama! apakah mereka itu kaya?? Rasanya mereka tak kaya! Hanya dapat menikmati hidup lebih senang berbanding dengan penduduk kampung yang lain.Kalau diikutkan gaji mereka taklah banyak tetapi kos sara hidup dikampung yang rendah mereka dapat menyimpan duit dan disitulah nampak kemewahanya. Di kampong semunya harga barangan agak rendah berbanding dengan guru yang tinggal dibandar bandar. Di kampung tak ada TOL, tak ada saman dari pihak Polis atau Bandaraya, tak ada nak kena tempat parking kereta dan macam macam duit mereka boleh selamat. Cikgu duduk dibandar boleh dianggap sebagai golongan dibawah garis kemiskinan!!! Hujung bulan gaji dah tinggal sikit. Macam macam kena bayar. Kos sara hidup tnggi di tengah bandar di KL ini. Tak hairanlah ramai guru yang membuat part time job setelah tamat b...

40 tahun jumpa kembali...RU Hamid Khan

2 tahun lagi dari sekarang akan meningkatlah usia kami ke 60th.Sejak habis SPM di tahun 1975 di sekolah Menengah Hamid Khan Tapah Perak, kami dapat bersua kembali bertemu setelah hampir 40 tahun terpisah kerana tugas masing masing. Tahniah kepada Kaptan Anuar Rajah yang telah bersusah payah menyediakan tempat di Wisma Perwira Jln Sultan Ismail untuk kami bertemu semula.Bukan sahaja tempat yang dirasakan begitu istimewa untuk kami berkumpul malah jamuan yg disediakan dan ditaja oleh Kaptan Anuar juga amat menyelarakan.... ada kambing golek, nasik goreng cina, nasi goreng kampung dan berbagai kueh disediakan...tak ketinggalan juga rakan rakan yg membawa poct luck untuk menyerikan lagi majlis itu....aku hanya membawa rendang itek yang dimasak sendiri oleh isteri aku...tq mem aku Puan Norhayati Abd Rahman... i love u Lebih bermakna perjumpaan malam itu yang bermula jam 8 dan berakhir hampir jam 12 malam. walaupun tak semua rakan setingkatan 5 yg dapat hadir, tetapi rasa terlibur juga s...