40 tahun jumpa kembali...RU Hamid Khan

2 tahun lagi dari sekarang akan meningkatlah usia kami ke 60th.Sejak habis SPM di tahun 1975 di sekolah Menengah Hamid Khan Tapah Perak, kami dapat bersua kembali bertemu setelah hampir 40 tahun terpisah kerana tugas masing masing.

Tahniah kepada Kaptan Anuar Rajah yang telah bersusah payah menyediakan tempat di Wisma Perwira Jln Sultan Ismail untuk kami bertemu semula.Bukan sahaja tempat yang dirasakan begitu istimewa untuk kami berkumpul malah jamuan yg disediakan dan ditaja oleh Kaptan Anuar juga amat menyelarakan.... ada kambing golek, nasik goreng cina, nasi goreng kampung dan berbagai kueh disediakan...tak ketinggalan juga rakan rakan yg membawa poct luck untuk menyerikan lagi majlis itu....aku hanya membawa rendang itek yang dimasak sendiri oleh isteri aku...tq mem aku Puan Norhayati Abd Rahman... i love u

Lebih bermakna perjumpaan malam itu yang bermula jam 8 dan berakhir hampir jam 12 malam. walaupun tak semua rakan setingkatan 5 yg dapat hadir, tetapi rasa terlibur juga sebab ramai juga yg datang setelah lama berpisah....yang pompuan yang hadir hanya ada Habibah, Maznah, Juriah, Khairon sahaja....yang lain lain tak dapat datang dan ada juga yg hilang dalam radar!

Hebatnya majlis itu adalah komitmen rakan dari Sabah dan Sarawak juga turut hadir dimalam itu! Abd Rahman rakan paling rendah masa sekolah dulu kini dah menentap di Sarawak setelah berkawin dengan orang sana turut datang dimajlis itu.Dia datang dengan istrinya....wow datang dengan membawa kek lapis Sarawak lagi! malam itu puas kami makan kek Sarawak!

Begitu juga dengan Mohd Idham Mukti turut hadir dari Sabah dengan isteri juga. Tapi Idham istrinya orang Malaya, cuma bertugas di Sabah di salah sebuah jabatan kerajaan di Kota Kibabalu. Idham dahulu masa sekolah adalah pelajar paling cute berasal dari Gopeng Perak....la ni masa jumpa malam itu dah berisi badanya...tak macam sekolah dulu kurus slimm....maklumlah dah berumur 50an semuanya dah berubah...

Difahamkan kedua dua rakan dari Sabah sarawak ini,merupakan rakan yg setia membantu sekiranya ada rakan rakan dari Malaya yang berkunjung kesana sedia membantu bila bila masa sahaja!Hebat kawan kita tu. Suka membantu.....

Jika di perhatikan, ramai juga rakan rakan persekolahan dulu yg dah berjaya dalam kehidupan.Antara yang dirasakan agak tertinggi jawatanya termasuklah al Bakri Ishak, berasal dari Kg PohBidor kini menjawat jawatan Presiden Alumni UPM merangkap Prof Madya di bidang Alam Sekitar UPM! Hebat kawan kita tu....mengenang kembali di alam persekolahnya memamng kaki buku....pendiam dan pemalu! Tapi malam itu itu dia nampak lebih periang dan peramah....

Seorang lagi rakan yg agak berjaya adalah Dr Zainal Abidin Hassan, kini bertugas sebagai pengarah Mardi Serdang Selangor dalam bidang beras...masih maintain dari segi bentuk badan dan tak jauh berubah dari zaman sekolah sampai dah umur meningkat...malam itu dia telah memperkenalkan beras wangi keluaran Mardi utnuk dinikamati rerakannya sekilo seorang....

Rakan rakan lain juga ramai yang berjaya, ada yg jadi usahawan yang berjaya...antaranya Wak Kilih ushawan madu kelulut di Perak, Kamaruzaman ushawan percetakan, dan ramai lagi yg tak sempat hendak saya ceritakan disini.

Apa yang hendak diceritakan disini kami rasa sungguh gembira bila bertemu dimalam itu. Terasa sungguh singkat rasanya bertemu malam itu. Tak sempat hendak bertanya khabar lebih lanjut dengan kekewan yang datang.....Bagaimanapun syukurlah walapun dah lama tak ketemu kemesraan itu masih terasa macam dialam persekolah dulu.Tuan DO Batu Gajah Wak Mizi tak dapat hadir kerana mengiringi Tuanku Sultan Perak di Majlis Musabaqah peringkat negeri Perak! yang juga berlaku serentak pada malam tu

Tabik spring untuk Tuan Idris Ghafar yang merupakan ketua kelas 5 sains Tradisi masa sekolah dulu dah jadi Ketua Polis Kuala Terangganu, turut hadir walaupun datang solo....apa projek datok sebelum pencen??????

Aku hanya menguruskan tempat perjumpaan dimajlis itu..sebab aku tinggal bersekatan dengan tempat majlis itu dilangsungkan,,,aku banggga kekawan yg datang dengan kereta mewah memasing!!!aku hanya ada Jeep Cherookee lama sebagai pembawa aku...apa apa pun shukran kepada Ilahi setakat apa yang ada!!!!!!Semoga kita ketemu lagi ya genggggg


Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!