Kejohanan Olahraga ke 56 "Tiada rotan akarpun berguna"

Sudah hampir 13 orang pengarah institut saya bertugas di tempat saya bekerja sekarang! Hinggalah saya mendapat seorang pengarah wanita yang ada gelaran DR di depannya.Hebat!! Hebat!!! sukan tahunan kali(KOT) ini dijemput Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) untuk rasmikan sukan tahunan yang diadakan di padang institut ini sahaja...

Selaku penjawat awam yang lama bertugas disini,saya  hanya tersenyum bila mahu mencetak buku program sukan yang dihantar oleh pelajar kepada saya.Dalam hati saya adakah masanya  KPPM nak merasmi sukan diinstitut ini.Banyak lagi agenda besar negara yang patut dibuat oleh KPPM dari untuk merasmikan sukan tahunan!!!!



Bebebrapa persoalan timbul dikepala saya....rasanya tak pernah KPPM lancar hari sukan peringkat institut....sukanya bukanlah grand sangat...ciput aje...buat dipadang institut sendiri..baget tahun ni tak cukup...semua kena jimat...nak sewa stadium Cheras sebagaimana tahun sebelum inii!!! duit tak ada nak bayar sewaan... buatlah dipadang sendiri...nak jempaut KPPM????

Heran juga dalam benak saya.Ah peduli apa,,,saya hanya sebagai pencetak buku program sukan itu dengan penuh bewarna warni dengan nama KPPM yang akan melancarnya pada tarihk 2 April 2016 bersamaa hari Sabtu.Dengan suasana musim panas yang melampau sekarang ini...sukan terus juga diadakan  sebab ianya adalah aktiviti yang telah termaktub dalam kalender institut.mau tak mau kena jalan juga....

Pihak urusetia sukan di blok Kokurilkum tentunya paling sibuk.Walaupun segala urusan majlis sukan dibuat oleh pelatih, tetapi tanpa tolakan dan desakan dari unit koko pastinya tak akan berjalan...mau tak mau unit koko dengan beberapa orang pensyarahnya tentu akan bertungkus lumus untuk menjayakan progran itu,apatalh tagi KPPM yang bakal dijemput....

Tiba masanya hari sukan akan dilangsunskan terdengan khabar KPPM yang akan merasmikan sukan tak dapat datang untu majlis itu.Dikatakan diwakilkan kepada timbalanya! Timbalanya juga dikatakan tak dapat datang dan digantikan sahaja dengan rektor institut yang pasti hadir selaku pengiring KPPM sekiranya KPPM datangggg!

Mau tak mau..tuan rektor institutlah yang merasmikan majlis itu. Dalam ucapan ringkasnya kepada peserta sukan di padang institut itu katanya 'ibarat tiada rotan,,akarpun berguna juga! ah.... mendalam maksudnya....hanya mereka sahaja yang tahu apa yang tersirat didalam jiwa tuan rektor dipagi itu!

Datok Sulaiman Wak adalah merupakan rektor kedua selepas rektor pertama IPG Datok Sulaili bersara wajib dua tahun lalu. Sebelum ini Datok Sulaiman Wak adalah mantan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutaun. Anak jati Sarawak bahhh!!

Selepas majlis menerima  tabik hormat perbarisan ,beliau dibawa oleh En Dahalan selaku ketua unit Kokurikulum bagi memperkenalkan dengan  ketua ketua kontigen ditengah padang institut. Tuan Rektor nampak terhibur dan santai bergurau dengan ketua kontigen yang diperkenalkan. Ceria sungguh beliau dipagi ituuu

Namun apa yang menjadi tanya tanya kami ..kenapakah pihak pengurusan institut menjemput KPPM untuk merasmikan sukan tahunan sekecil itu? Ini bukannya sukan  peringkat nasional atau peringkat yang lebih besar yang memerlukan KPPM melancarkan???So dimasa masa akan datang semua KJ kenalah berani sikit untuk menyuarakan idea yang bernas demi menjaga imej IPGKIK yang disayangi ini.......

4 April 2016

Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!