SK Trolak Selatan mulai alam guru aku
Walaupun saya orang Perak tapi saya tak tau dimana letaknya Trolak Selatan! Bila dapat surat penempatan mengajar dari Kementerian Pelajaran setelah tamat pengajian dari maktab perguruan tahun 1980an aku ditempatkan di sekolah tersebut. Pelik juga nama tempat tu...pada hal bukan jauh dari kampung aku di Jeram Mengkuang Bidor lebih kurang 60 km sahaja!
Pada hari Ahad sebelum mendaftarkan diri pada hari Isnin keesukannya, aku mengajak abang ipar aku (abang Kodin...sudah alahyarham dah) dengan scooter Vespanya, kami pun merondalah ke Trolak selatan!
Barulah aku tau sekolah itu adalah sekolah Felda.Patutlah jauh kedalam dari jalanraya besar antara Sungkai dan Slim River. Dari Jalanraya besar lebih kurang 8 km. Jalanraya ada , jalan bertar. Jalan keliling kiri kanan penuh dgn pohon sawit yg sedang berbuah. Sekali sekali berseliseh dgn lori bawa sawit..
Rupa rupanya dalam ladang sawit itu ada penempatan peneroka. Atas bukit ada rumah staff Felda. Ada sebuah Masjid dipuncak bukit bersebelahan jalan dengan sekolah. Hanya sebuah sekolah rendah yang ada. Sekolah batu 2 tingkat. Masih baru keadaanya. Dalam kawasan sekoah ada dua unit rumah staff.Mungkin untuk gubu besar dan penolong kanan barangkali.
Setelah buat tinjauan ringkas dengan menaiki Vespa, keesukkanya pagi aku pergilah ke sekolah tersebut utk mendaftar diri. Pada hari itu rupa rupanya ada dua orang lagi guru lepasan maktab di sekolah yg sama.Seorang dari Maktab perguruan Raja Malewar namanya cikgu Zainal Husian dan seorang lagi cikgu perempauan namanya cikgu Norzian Ramli. Guru besarnya waktu melapor diri dihari itu seorang lelaki yang usianya mungkin dalam 50an, yang boleh dianggap bapa bagi kami bertiga namanya cikgu Makmor (Dah arwah)
Sedihpun ada bila dah daftar di sekolah itu. Pertama tamanya, pihak sekolah tak ada kemudahan kediaman untuk guru guru. Cikgu lama semua berulang alik dengan kereta masing masing.Ada yang tinggal di bnadar Slim River atau bandar Sungkai atau Bidor. Bagi kami yg baru keluar mengajar dengan gaji rm315.00 sebulan,mana ada duit nak beli motorsikal???Cikgu Norzian berulang alik menumpang kereta bapak saudaranya yang kebetulan ada mengajar disekolah itu!
Mau tak mau kami tebalkan muka mintak ehsan gurubesar untuk tinggal sementara waktu didalam stor sekolah.Hendak berulang alik dengan bas, perkhidmatan bas hanya ada 3 kali sehari. Bas pertama 6.30 dari pekan Sungkai.Bas kedua jam 2.00 pm dan bas ketiga jam 6pm. Itulah perkhidmatan awam yg ada waktu yang menghubungkan pendududk sini dgn pekan kecil sekitarnya.
Nak duduk diluar mana ada duit.Gaji 3 bulan mengajar baru dapat. Nak tak nak minta ehsan guru besar minta tumpang dalam stor sekolah yang beketulan itulah bilik yg ada kosong. Akhirnya bersama budak office boy sekolah itu dengan seorang guru sementra (lelaki) kami berempat tinggalah didalam stor itu hampir 6 bulan juga rasanya, sebelum pihak PIBG memberi sewa sebuah rumah staff felda dengan sewa rm50 sebulan!
Siksanya tinggal dalm stor, tuhan saja yag tau.Mana tidaknya,waktu tu felda tu mana ada letrik.Mereka menggunkan generator dari jam 7mlam hingga 12malam. Lepas dari itu kena guna pelita minyak tanah!Manakala bila nak mandi kenalah keluar ketandas sekolah! Jauh pulak itu..kadangkala kena berteman...takut ada hantuuuuu
Untuk tidak membosankan, sebelah malam kami membuka kelas tusyein SRP dan SPM untuk anak anak penenroka. Ramai jugalah anak anak penenroka yg datang ke tusyyen. Tusyen percuma!!!!Disitulah baru kami tau baharu, ramai anak anak muda didalam felda itu. Ada juga anak dara penenroka yang lawa lawa....ingin juga nak tackle tapi takut dikatakan mengambil kesempatan pula!
Pendek cerita waktu kami agak penuh juga.Pagi mengajar sekolah biasa.Petang kami bermain badminton dan sebelah malam buat tusyin utuk anak anak penenroka.Tidaklah terasa bosan sangat! Cuma waktu makan malam agak merimaskan bila terpaksa pergi kerumah seorang penenroka yg sudi menyediakan makan untuk kami berempat. Lepas magrib kami kerumah enenroka itu itu makan malam.Bayaranya kalau tak silap saya hanya rm50 seorang.Kami terus makan disitu sehinggalah kami dapat berpindah kerumah staff.Rumah staff kami memasak sendiri sebab ada kemudahan dapor dan sebagainya.
Yang seronoknya semada makan berulang alik kerumahpenenroka untuk makan malam, adalah juga mulut mulut gatal cikgu perempuan yg beri ingatan pak cik penenroka yg tempat kami makan itu ada tiga orang anak dara!
"Baik baik kawan...penenroka tu ada anak dara" usik salah seorang guru perempuan senior yg juga masih sigle
"Nanti tersangkut!" sampuk cikgu yang lain
Mulai dari hari itu, terasa juga takutnya takut takut tersangkut dengan anak pak cik penenroka itu.Dalam hati kalau anaknya lawa ok juga...tapi anak daranya tak berapa menawannnnn
So bila dapat sahaja rumah staff, kami terus berhenti dari makan kat rumah penenroka itu tanpa ada notis. Alasanya kami sudah dapat rumah dan blh masak sebdiri.....
.......selamatlah dari uskan utuk dijadikan menanti peneroka tersebut....
(24 mach 2016)
...bersambung

Comments
Post a Comment