Mana nak cari duit 3bilion?

Dalam perjumpaan dengan kawan kawan sesama persekolah bulan lepas, kami dah putuskan akan menubuhkan Koperasi Bekas Pelajar SM Bidor!Antara visinya adalah untuk memajukan ekonomi negeri Perak selaian menjalakan aktiviti semasa pencen nanti...lagi dua tahun 60an bersara kerajaan.

Idea untuk menubuhkan koop ini didatangkan oleh Cikgu Zainal Naseer yang merupakan bekas guru Sains Pertanian semasa bersekolah di tingkatan 1-3 di SMR Bidor tahuan 70an dulu! Semasa ketemu dikenduri cukur rambut cucunya di taping tahun lepas Cikgu Zainal dah memberi wang RM500 kepada salah seorang anak murid untuk membuat aktiviti KOOP!

Rupa rupa untuk menubuhkan KOOP dizaman sekarang ni, bukan semudah menubuhkan KOOP 10 tahun dahulu.Pihak SKMM yg menguruskan bab pendaftaran Koop mengenakan beberapa syarat yang rasanya agak ketat juga. Mereka perlukan AJK pejana 5 nama. Perlu adakan sekurangnya nama, ni ic dan alamat 50 ahli yang ingin sertai! Jumlah bayaran ahli yg dirancangkan, rancangan aktiviti dan berbagai bagai lagiii....hai susah juga nak tubuhkan koop ni...nasib baiklah bab pendaftaran dilakukan oleh bekas manager FELCRA yang dah pencen En Azmi namanya yang menetap di Manjong Perak. Azmilah yang pening kepala  untuk menyiakan apa yang dikehnedaki oleh pihak SKMM

Dalam perjumpaan pertama ahli Lembaga Pengarah KOOP yang bakal terdaftar itu,antara aktiviti yang rancak dibincangkan adalah 'perlombongan"

Perlombongan bijih timah! Hebat bunyinya....Menurut En Azmi dia sudah dapat pasti tanah di Perak seluas $%) hendak dilepaskan kerana pemiliknya tak mampu untuk mengushakan tanah seluas itu!Bagaimanapun camna nak carai rm2 juta untuk harga tanah seluas itu?

Sebagai mantan pengurus ladang sawit..dia dah kira dan conggak...tanah itu boleh di tanam sawit dengan keuntungan sekian sekian rm setahun....itu tak ada masalah sebab dia ada pengalaman dari waktu memilih anak benih sawit sehinggalah bab  keluaran hasil....

"Masih banyak untung..." kata Azmi  "Sawit 2 tahun dah boleh datang hasil" katanya lagi

"Apa kata kita buat lombong? Lagi cepat hasilnya...tak sampai bertahun tahun?" kata Mazlan Zam.

Mazlan memang bertahun tahun pengalaman dalam geologist.Malah dia sudah pergi serata dunia dia pergi membuat sacnning bijih timah ditanah tanah yang dirasakan banyak bijik timah dalam hasil buminya"Tak hairanlah akhir dia kahwin dengan gadis dari negara jiran RUsia. Cantek orangnya tapi Muslim

"Tapi bagi aku seminggu untuk scan kawansan tanah $%) ekar tu Azmi" Begitulah cadangan idea rakan geologist kita itu. Kami setuju cadangan Mazlan memandangkan dia ada kepakaran dalam bidang tersebut....

Seminggu telah berlalu dan kami mengadakan perjumaan sekali lagi di KL restoren Hassalam! Tempat yang agak tenang dan senang nak parking kereta!

Jawapan dari Mazlan projek melombong bijih timah blh di jalankan memandangkan kawasan itu positif dan banyak bijih timah!Bagaimanapun katanya utuk prove untuk dapat syarikat yg akan menjalakan nanti...mesti ada laporan drilling tanah yang detail jumlah timah yg ada! Proses drill tanah memerlukan rm700k!

Dari pengiraan Mazlan....memang keuntunganya berlipat kali ganda dan dalam masa 2 tahun! Memang KOOP dah kaya raya..malah merupakan koop yang termaju di Msia kerana dalam jumlah top ten koop di Msia tak ada menjalankan aktiviti perlombongan!!!!

Persoalanya sekarang katanya, dimana nak cari rm3 juta?????

Aku????Cikgu mana ada duit simpanan sebanyak itu! Awal awal dah angkat kedua tangan.....Orang lain mungkin ada kot.....ADA BERANI????

 (25 Mch 2016)

Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!