Posts

Berkawan dengan bakal jutawan....

Sejak akhir akhir ini rasanya terlalu kerdil diri aku ini.Mana tidaknya ramai kalangan rakan aku yang bercerita dengan projek juta juta. Nak berkawan dengan orang macam ni segan juga rasanya. mana tidaknya kita ni hanya kaki tangan kerajaan...memang tak akan jadi juta jutanya kalau setakat gaji yang dibagi oleh gomen setiap bulan. Mana ada kakitangan kerajaan yang kayo setakat gaji yang ada???memang tak ada.Kecualilah ada biz sampingan disebaliknya... En Yahya, kawan lama aku..dengar ceritanya tahun Jan 2018 nanti akan ' terjadilah' wangnya 1.7 juta ringgit.Wooooo hebat itu. Seandainya pelaburan dalam Monspace yg dimasuki 20 lot,menjadi kenyataan bila mscoinya diapungkan dipasaran dunia pada ketika itu....Hai jutawanlah kawan kau ni! Sebelum ini dah berbagai pelaburan En Yahya kongsikan dengan aku, tapi tak ada yang menjadi.Aku doakan agar En Yahya seorang bekas perisik tentera akan menjadi jutawan ketika itu... En Yahya boleh dikatakan antara kawan agak rapat juga dengan a

2017...Zaman meleset IPG

Hari ini IPGKIK (10 Julai 17) mendapat 89 orang pelajar baru ambilan 2017. Jumlahnya amat kecil sekali berbanding dengan jumlah pensyarah dan staff yang ada! Apa boleh buat itu kehendak Kementerian Pelajaran meminimakan baget yang semakin mengecut. Ruang pendaftaran di Dewan Dr Razali Ismail, pelajar bersama waris masing masing mendaftarkan diri di kaunter yang telah ditetapkan. Sementara anak pelajar baru mendaftar, ibu bapa dipertonnton dengan video IPGKIK yang memaparan sejarah dan kebangaan institut itu sejak  ditubuhkan tahun 1959 lagi itu. Dalam taklimat pihak pengetua dengan pewaris yang diadakan tepat jam 11 am itu, menarik beberapa ibu bapa terhadap persolan yang diajukan kepada pihak pentadbir.Antara tiga soalan yang dikemukakan oleh ibua apa adalah tentang Surat Perjanjian Pelajar, Sistem keselamatan Asrama dan Masalah Biasiswa Pelajar ambilan 2017. Menarik juga soalan mengenai soalan dari pewaris pelajar, seorang guru yang mengajar di MCKK kuala kangsar mengemukakan

Reunion punya penangan...

Ha ha...Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Walaupun dah 10 hari menyambut aidil fitri 1438 H,namun banyak kisah menarik yang hendak diceritakan disini untuk renungan bersama. Dipendekkan cerita adalah seorang pompuan ini , dalam lingkungan umur 36 tahun!Masih muda dan bergaya.Katanya berasal dari Tanah Merah Kelantan. Hariraya baru ni balik ke Kelantan berhariraya bersama anak anaknya bertemu datuk neneknya disana. Wanita muda ini namanya Aisah dan nama panggilan manja Sya sahaja. Orangnya manis,kecil molek, tapi dan mempunyai 5 orang anak kesemuanya lelaki. Yang sulung tingkatan baru 2 dan yang kecil baru 2 tahun. Menurut Sya,emaknya berasal dari selatan Thailand dan bapanya memang ori Kelantan. Sebab itu mukanya Sya nampak kelainan sikit adalah irap irap muka Cina sikit..berkulit putih Dari cerita awalnya dia memang suka menolong emaknya memasak ketika masih di sekolah lagi,kerana familynya berniaga kedai makan di pekan Tanah Merah. Tidak hairanlah dia sanggup berhenti kerja sebagai

Dunia dah terbalik....

Semalam cuti wesak,teringat pulak hendak ke Tanjung Karang Selangor untuk ketemu rakan lama yang sama sama buat marketing ZAGSTON OIL suatu masa dulu.Rakan ini berasal dari Batu Pahat Johor tetapi berkawin dengan anak Selangor di Tanjung Karang dan mennetap di Tanjung Karang setelah duduk ditanah emak mentuanya! Jam 2.30 pm bertolak dari Kuala Lumpur bersama cikgu Mat dengan Jeep Cherookee saya tu. Memang mengajak cikgu Mat untuk buat teman bersembang dari KL ke Tanjung Karang. Lagipun cikgu Mat ni masih bujang terang tang tang walaupun usia dah menjangkau 60 tahun!Bila ditanya kenapa tak kawin kawin, alasannya dizaman mudanya difrust oleh seseorang yang dicintainya...sehingga kini dia tak berhasrat nak menjejak kaki ke alam perkahwinan.....pelik! Cikgu Mat ini dulunya sebenarnaya rakan semasa belajar di maktab perguruan Jalan Raja Muda Kuala Lumpur sekitar tahun 80an...Dari situ perkenalan saya dengannya. Kemudian setelah hampir 35 tahun menjalankan tugas masing masing,lebih kuran

Gelung Pepuyu suatu kenangan....

Hairan juga anak Perak tak pernah pergi ke Bota yang juga dalam negeri Perak Darulridwan!Itulah hakikatnya dalam hidup ini sebab mungkin terlalu sibuk atau memang tak mau lawat kawasan negeri sendiri... Pada cuti semperna hari buruh 2017 lalu, selepas solat subuh, dengan Jeep Cherooke WER aku itu pun bergerak meninggalkan Kuala Lumpur. Pemergian rancangan ke Bota itu dirancang sebulan lalu, yang kebetulan ada kawan sekolah lama mengawinkan anaknya di Bota Kanan. Kawan itu, kawan baiklah kiranya masa sesama kenal di tingkatan enam di Teluk Intan tahun 1976! Now kawan itu yang dulunya kerja di Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur mengawinkan anaknya di kgnya di Bota!Sebelum ini semua anaknya dikawinkan di Kuala Lumpur...tetapi setelah pencen awal, kawan itu mengawinkan anaknya pulak dikg kelahiranya.... Dulu semasa diasrama di Teluk Intan ramai kekawan dari seluruh Perak bersekolah yang sama! mana mana pelajar yang lepas SPM yang mendapat keputusan yang agak baik di tempatkan di Teluk
Apa Ada Dengan Nama.... Pertama kali menyjejak kaki di Maktab Perguruan Sarawak Miri hujung tahun 80an, terasa gugup juga! Pertama kali merantau diperantaun jauh kenegeri seberang demi tugas baru sebagai pensyarah kesitu. Ketika mendapat tawaran untuk ditugaskan mengajar ke Miri dari SM Sungkai,terpaksa juga fikir 10 kali dan berbincangan dengan orang rumah! Banyak juga pro dan kontranya sebeleum mengambil keputusan berhijrah kesana. Pertamanya waktu itu,rasanya sudah selesa mengajar di tempat sendiri (kg sebelah istri), rumah juga baru dibeli di Taman Okid Sungkai, manakala anak anak (masa itu 3 orang)senang sahaja hantar sahaja kerumah emak dan bapak mentua ketika itu (kg Buluh Telor Sungkai) Tidak perlu bayar kos pengasuh... ahhhh gitulah fikiran. Ketika itu bisnez kedai gambar di pekan Sungkai agak maju juga dengan nama ZAZA Kedai Gambar, itu semua adalah perlu difikirkan... Walauapapun...keputusan telah diputuskan bersama,saya terima keputusan muktamat untuk bertugas di sa
Susahnya nak masuk ke  SeK Menengah Agama Kuala Lumpur 2017! Tahun 2016 adalah calon palingmalang bagi pelajar UPR seMalaysia. Bukan sahaja keputusan merundum seluruh Malaysia, malah sekolah yang sebbelum ini top dengan pelajar dapat 6A yang begitu ramai, kali ini merundum!!! Kalau adla pelajar yang dapat 4 /5  orang 6A itu sudaj dianggap sekolah cemerlanglah pada tahun 2017! Anak bongsu saya dari SK Sentul Utama adalah salah seorang yang mendapat 6A dari empata orang yang menentrima keputusan yang sama! Sekolah Sentul Utama jadi tumpuan, kerana bilangan yang terima 6A dianggap paling top di daerah Kuala Lumpur. Guru guru dan guru besarnya bukan main bangga dengan keputusan itu.Walhalnya kalau hendak diharapkan cikgunya bukanlah dalam kumpulan cikgu yang rajin....rata rata yang dapat 6A itu semuanya ada tusion diluar sekolah!!!!sekolah hanya tumpang sekaki atas kejayaan anak murid mereka itu! Hebuh dalam media, tahun ini murid yang dapat 3A juga akan ditawarkan ke MRSM atau seko