Rezeki dipenghujung usia...

Maut, Jodoh dan tanah perkuburan tak siapa yang tau dimana? Itulah yang sering kita dengar...

Kawan saya sudah masih usia pencen pilihan dalam usia 58 tahun tapi rezeki jodohnya ada. Dia dapat anak dara yang usianya baru 47 tahun. Seorang guru berjawatan penolong kanan di salah sebuah sekolah di Taiping Perak.Yang pentingnya dapat restui dari bini tuanya yang memilki sebuah kedai jahiat pakaian wanita! Tahniahlah cikgu mad.....

Bagi saya itu sudah jodohnya....kadangkala kalangan kaum lelaki ni memang niat dihatinya nak kawin lebih dari satu tapi yang ramainya takut dengan bini! Takut bini tua mengamukkkk. Kata orang takutkan bini lebih takut dari takutkan harimau...

Ramai kekawan saya yang berjaya dalam hidup.Ada kereta mewah,rumah banglo besar, bisness baguss dan zahirnya memang hidup mewah, malah memang  mampu kawin lebih dari sorang tapi...takutttttt

Bila berbicara dalam group whattsap bukan main lagi...siap hantar berbagai gambar gadis dan janda yang cun cun...tapi setakat cakap dan angan angan kosong aje....salah sorang kawan yang berjaya dalam bisness,  bini tuanya 'benarkan kawin' lain pada kawan saya itu dengan syarat:

1.Bakal madu itu mestilah lebih rendah darinya
2.Mestilah lebih berat dari bini yg ada

Itu sahaja syarat yang dikenakan oleh istrinya sekiranya nak mencari siteri baru!!! Pulamak...kata kawan saya tu..

Macamana nak cari istri baru saiz camtu...istri sekarang ni dahlah rendang(rendah) dan berat badanpun dah sama baya dengan 'kak Mah"...so sampai sekaranglah sahabat saya tu mengingit jari

Namun nasib cikgu Mad agak baik. Istri lama tak bagi syarat banyak. Syaratanya boleh kawin asalkan semua duit pencen bulanan cikgu mad mesti diserahkan padanya. Namun pihak bakal madunya dah bagi green laight pada cikgu mad agar membenarkan permintaan bakal madu tuanya itu. So berhati mudalah cikgu mad dengan bakal bini mudanya nanti.

Berbalik dgn cikgu mad, bakal bini mudanya ni 16 tahun dulu pernah membuat praktikal di sekolahnya.waktu itu cikgu mad adalah penyelia petang waktu tu. Dipendekakan cerita disitulah kenal pertamanya. Setelah sekian lama berpisah, mereka ketemu semula semula dalam satu kursus di Jitra!!! so disitulah bibit kenal dan tukar tukar nombor telefon dan akhirnya terjalin cinta dialam maya....

Zaman dimaktab dulu cikgu mad di dalam kelas kami dia pernah menjadi ketua kelas kami. Kelas AKA11. Waktu menuntut di Maktab Perguran Jalan Raja Muda Kuala Lumpur. Cikgu Mad juga femous dengan gelaran pak Engku. saya lupa bagaimana cikgu mad dapat gelaran itu!!!

Saya dengan cikgu mad agak rapat juga kerana pernah duduk sebilik semasa menjali praktikal di salah sebuah sekolah di Klang tahun 1970an. Cikgu mad dari Kedah dan saya dari Perak, menyewa bilik disebuah rumah keluaga China berdekatan dengan sekolah yang kami jalani praktikal waktu tu!

Banyak nosltagia masa di berada di Klang waktu tu. Dududk dirumah bangsa China, terpaksalah pergi makan malam di bandar Klang dgn menaiki bas, kerana kawasan itu waktu itu tiada kedai makanan Melayu! hari harilah kami menaiki bas ke bandar Klang selama hampir tiga bulan. Menunya hanya nasi ayam dan nasi putih berdekatan steseyen bas Klang waktu tu.

Menariknya anak penjual nasi ayam tu lawa pulak! rasanya nak juga mengorak anak pak cik yang putih melepak tu.Tapi segan pulak, maklumlah waktu elauan guru pelatih baru RM150 sebulan mana nak cukup kalo nak ajak anak pak cik tu dating nanti!!!!! so mendendam rasa ajelah....

Peristiwa yang tak dapat dilupakann bersama cikgu mad adalah peristiwa di emporium Klang dimana cikgu mad kena tangkap kerana dikatakan mengambil radio transisitor tanpa dibayar dikaunter!

Pengawal keselematan dah menahan cikgu mad kerana mengambil radiao berharga RM60 tanpa membuat bayaran di luar emporium itu. Isunyanya akan dibawa ke balai polis!!!sebagai seorang rakan saya telah menyamar sebagai orang luar untuk menjamin cikgu mad! Pihak pengurusan setju melelpaskan cikgu mad sekiranya membayar 2 kali ganda dari harga asal. Mau tak mau terpaksalah saya mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membatu cikgu mad!

Bila kami berjumpa dan terkenang peristiwa lama tu kami ketawa berdekah dekah....

hai gitulah cerita saya dengan cikgu mad yang bakal mendapat istri muda tidak lama lagi...

Tahniah Cikgu Mad/ Pak Engku


10 Syawal 2016


Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!