Mahkamah juga akhirnya......

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Sederhana dalam segala segi. Emak bapak saya melarang sekali bercakap bohong.Dari kecil itulah yang ditekan sangat oleh emak bapa saya dari kecil hinggalah dewasa.

Setelah bekerja sebagai guru selama 5 tahun dan beralih tugas sebagai pensyarah di maktab dibeberapa buah maktab perguruan, akhirnya saya tertekan dengan boss saya( dari catatan lepas) dan berakhir dengan tekat dan azam membawa kes itu ke mahkamah.

Sebelum kes itu di failkan di mahkamah,ramai rakan sejawat yang menasihatkan saya jangan membuat kerja yang sia sia dan membuang masa! Mereka  berangapan orang atas tidak boleh dicabar dimahkamah! Malah ramai juga kawan yang rapat selama ini telah mulai renggang bila saya menyatakan cadangan akan membawa kes ini ke mahkamah demi keadilan diri saya.Disinilah saya sedar bahawa tidak semua kawan boleh dibawa berkawan bila kita didalam kesusahan....

Kebetulan juga saya mempunyai seorang rakan berbangsa India semasa bertugas di sarawak!Abangnya ada firma guaman sendiri di Kuala Lumpur. Saya pergi ke pejabat di Kuala Lumpur dan memperkenalkan diri..Dari perbualan tentang diri adiknya itu saya juga menyatakan hasrat hati tentang masalah dalam pekerjaan saya....

" Saya tak banyak wang... tetapi kalau tuan fikirkan kes saya ini boleh menang, saya syorkan 50-50!"balas saya ringkas dengan peguan Rajaguru.

Saya lihat Rajaguru senyum! Ini kes kecik cikgu...balasnya

Bahan bukti perbualan dan maki hamun pengawai tu awak ada simpan tak? Tanya Balaguru masa berbual tentang kes yang akan difailkan itu...

"Masih ada..".saya memberikan salinan tape rekorder kepadanya."Ini dah cukup baik ...tapi kena translate dalam bentuk tulisan" balasnya ringkas.

"Nanti saya translate perbualan dalam bentuk diatas kertas" jawap saya penuh yakin

Nyata sekali Rajaguru seorang yang berperinsip. Katanya 50-50 memang tak jadi hal. Dan saya memberitahunya wang bukan matlamat saya kalau kes ini menang...tetapi maruah dan ingergiti itu yang mustahak bagi diri saya.

"Tuan lawanlah betul betul...Kalau kes ni menang kita dapat RM1 (seringgit) kita kongsi 50 sen seorang..."kata saya pada Rajaguru
Rajaguru tersenyum
"Itu no problem cikgu..tapi fess fail ke mahkamah cikgu kena bayar RM500"Saya setuju dengan cadanganya itu....

Dari perbincangan seterus dengan Rajaguru, beliau berpendapat lebih baik saya menyaman pengawai yang memaki hamun di kementerian Pendidikan dari menyaman boss saya di maktab ketika itu. Menurut bukti yang jelas (rakaman suara) lebih terfokus kepada pegawai berkenaan. Lagipun menurut Rajaguru, pegawai berkenaan yang berkuasa menukar seseorang....so saya hanya mengikut pendapatnya sahaja...

Selang beberapa bulan kes difailkan riuh satu maktab menyatakan cerita kes saman itu.Boss saya memang dah benci sangat dengan saya.Sesiapa yang berkawan dengan saya dianggap menentang dirinya..so ramailah yang lari....sakit jiwa juga saya dibuat oleh boss kereput itu

Tidak lama kemudian saya mendapat surat diarahkan bertukar ke sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hati bertambah parah.Serabut fikiran ketika itu Tuhan sahaja yang tahu....

Saya tidak mendiamkan diri...saya masih terus berusaha di Kemnetrian Pendidikan dibahagian tertentu agar tidak ditukarkan ke sekolah.Mana mana kawan atau kenalan di kementerian Pendidikan saya cuba cari bagaimana agar tidak ditukarkan.

Saya membuat surat rayuan agar tidak tidak ditkarkan melalui boss (boss yang menukarkan saya).Nasib baiklah ketika surat itu dihantar boss tidak bertugas hari itu diganti oleh timbalannya Tuan Hj Yassin Sulaiman. Dalam penceritaan cerita sebenar kepada HjYassin Sulaiman, dia menyokong surat rayuan itu...

Sebulan selepas itu saya mendapat arahan bertukar ke Maktab Peguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur.Akhirnya saya keluar juga dari Maktab Islam Bangi (selama 4 tahun) dan melapor diri ke tempat baru di Cheras Kuala Lumpur sehingga hari ini....

Pengetua MPIK ketika itu Nik  Faezah rupa telah dimaklumkan oleh En Razak(yang bakal di saman )mengenai pertukaran saya itu.Besar kemungkinan apa yang negegtif tentang diri saya telah ditaburkan kepada Nik Faezah  selaku boss saya baharu

"Semoga tuan lebih berhati hati ketika bertugas disini..."itulah antara kata kata yang diberikan oleh Nik Faezah kepada saya pertama kali melapur diri untuk bertugas di MPIK
"Boleh saya mintak bertugas sebagai warden asrama?" sebab anak ramai, ada 9 orang

Puan Nik Faezah ketawa....katanya bilik warden asrama itu ada dua bilik sahaja.Malah tak ada ruang tamu...magaimana dengan anak anak saya yang ramai tu

"nantilah kalau ada pensyarah pencen sikit masa nanti cikgu bolehlah mohon kuaters yang lebih besar" itulah jawapan dari Puan Nik Faezah yang ketika itu berambut putih berpotongan pendek!

Setelah sebulan melapor diri di MPIK dalam bidang Teknologi Maklumat,berbagai gangguan dari En Razak terhadap diri saya.Kegiatan saya diperhatikan dari mata mata yang dilantik tanpa gaji dari arahan En Razak. Akhirnya saya mengambil keputusan mengambil cuti setahun TANPA GAJI

"Tuan luluskanlah cuti tanpa gaji saya ini....Insyallah kalau kes mahkamah ini menyebelahi saya (saya menang kes) saya akan kembali melapor diri ke MPIK ini dan sekiranya saya kalah kes ini saya akan terus tidak datang kesini lagi....." itulah ucapan saya kepada boss MPIK

......................kes saman mahkamah bermula...

catatan18 Ogos 2016


Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!