Usia muda hebat bersemangat bekerja.....
Terinagt masa pertama kali mengajar di sekolah di Felda Trolak sekitar tahun 1980an.Waktu dan ketika itu harga kelapa sawit tengah hebat. Tengah melambung. Ketika itu para peneroka hidup mewah.Peneroka hidup mewah...sudah ada pakai Volvo 240! Gaji guru tak mampu nak pakai kereta yang dianggap mewah ketika itu. Zaman itu loan kereta hanya dapat pada guru besar sahaja.Ini telah ditetatpkan dalam pekeliling. Guru besar Sk Trolak selatan waktu itu seorang guru senior namanya Saidin Makmor, Orang lama dan orang kuat UMNO di Slim River.
Mula masuk kelas mengajar waktu itu baru usia 19 dan 20an. Terlalu muda. Masih tersenyum senyum dalam hati bila pertama kali masuk kelas ketua kelas memberi arahan "bangun,,,,,selamat pagi cikgu..." hah haaah...malu pun ada, bangga pun ada bila dipanggil cikgu! Cikgu muda, baru keluar maktab. Guru besar bagi kelas tercurut! Kelas D ketika itu....suasa kelas amat menyuramkan....muka budak budak anak peneroka langsung tak ada mod belajar! kelas D lah katakannnn
Mau tak mahu semangat muda ketika itu tak melunturkan semangat...ajarlah ikut kemampuan muris.Silibus darjah 5 waktu tu diketepikan sahaja.Apa yang ditulis dalam buku ringkasan mengajar tak sama dgn apa yang diajar...sebab budak lemah nak mampus....Guru besar dan cikgu yang dah lama sekolah itu pun tau semamanag budak kelas 5D itu memang budak terpilih.Terpilih dari segi kekurangan daya mental dan ingatan....
Dah lima tahun sekolah tapi membaca pun tak tau...nak salahkan siapa?nak salah cikgu yang mengajar darjah satu dahulu atau nak salahkan siapa???tak perlulah salahkan sesiapa...hadap ajelah pelajar dgn kesabaran dan kemampuan yang ada.Sudahlah otak tak pick up, wajah pula muram,comot,beringus,berdaki dan berbauuuuu.....memamng mencabar betul dibuatnya
Langkah pertama, saya minta bapa murid yang lemah tu jumpa saya...pesan surat melalui anaknya.Surat buat sendiri tanpa ada pengesahan dari guru besar....esuk lusanya mana mana bapa murid yang free datang jumpa saya....rata rata bapa yg datang berjumpa menunjukkan rasa malu mereka atas kelemahan anak anak mereka.
"Cikgu ajarlah anak saya tu seadanya...memang anak saya itu lemah" buatlah apa yang patut,jgn luka atau patah sudahlah cikgu" itulah antara kata kata yang masih saya ingat sehingga hari ini.
Zaman itu usia muda,duduk disekolahpun hanya dalam stor alat sukan yang ada di felda itu.Stor itulah rumah kami berempat yang masih bujang tinggal.Nak menyewa rumah mana ada felda ada rumah sewa.Nak duduk luar sekolah, tak ada transport lagipun jauh dalam lingkungan 25km bandar terhampir Sungkai atau Slim River. Mau tak mau tinggallah dalam stor sekolah atas ehksan guru besar.Malam guna generator untuk mendapat tenaga letrik! TV ada, tapi kena masuk pejabat guru besar ada TV pendidikan hak kerajaan...hitam putih
Siang masuk kelas mengajar, petang main badminton atau bola dan malam buat kelasstambahan untuk anak anak penenroka yang duduki SRP dan SPM! Itulah aktiviti harian kami berempat memberi tusion percuma untuk anak anak peneroka....ramai juga yang datang....
Manakala hari Sabtu,ada kelas tambahan untuk murid UPSR! semuanya dibuat secara rela hati dan tak memikirkan bayaran langsung! Kelas hari Sabtu khas untk murid kelas A ,B dan C sahaja. Murid kelas D di dikecualikan,melainkan !!!! Disitulah baru merasa mengajar budak yang cerdik sedikit...
Atas daya usha beterusan selama hampir setahun, keputusan pepepriksaan UPSR sekolah agak ada kenaikan peratusanya...guru besar dan PIBG sekolah bukan main bangga lagi.Diakhir mesyuarat agung PIBG kami guru guru yang mengajar kelas tambahan diberilah sampul surat hadiah sumbangan PIBG.
Bila buka sahaja sampul itu dapatlah lima helai duit note sepuluh ringgit!!!! Ahhhh gitulah sumbangan PIBG terhadap guru.....namun aku bersyukur dgn khidmat yang telah dicurahkan ketika di SK Trolak Selatan sebelum aku melangkah keluar dari sekolah itu kerana bertugas ke sekolah Menegah Sungkai pada tahun keempatnya.....
Catatan 10 Ogos 2016

ha ha padan muka
ReplyDelete