Rezeki Tuhan yang tentukan....

Semasa saya menghantar surat untuk cuti tanpa gaji selama setahun kepada boss saya, boss saya macam tak percaya sahaja tindakan itu.Maklumlah waktu tu gaji saya tak banyak mana,manakala anak ramai...sedangkan istri masih belajar di UPM!

"Nak buat apa ambik cuti panjang sampai setahun?" tanya boss sya yang ragi ragu brangkali.
"Buatlah apa apa kerja yang patut, asalkan jiwa saya tidak diganggu oleh pihak yang berkaitan" jelas saya tegas.

Setelah dua hari bercuti dari Kementerian Pendidikan, seoarang rakan lama yang sama sama tinggal di kuaters MPI sebelum ini datang berjumpa saya.

"Tempat aku nak pakai guru fotografi, interview kena datang esuk pagi" Katanya kepada saya disuatu petang di Kuala Lumpur.

Saya yang ketika itu ibarat orang mengantuk disorongkan batal, amat berbangga dengan khabar berita dari kawan lama itu. Sebenenarnya bidang fotografi memang bidang saya. Semasa menunutu di USM dalam kurusus RSTP memang itulah bidang yang amat saya minati. Sebelum itu pun saya ada membuka kedai gambar secara kecilan di pekan Sungkai dengan nama Zaza Foto. Tapi malangnga Zaza Foto terpaksa ditutup setetalh saya berpindah ke Sarawak dan adik adik pun semua dah ada kerja masing masing so kedai itu tutup tinggal sejarah.

Hari yang dinantikan untuk interview guru fotografi saya hadiri dengan penuh yakin. Nama PERHEBAT itulah pertama kali saya dengar dan masuk ke kem yang terletak di Sg Buloh Selangor untuk menjawat jawatan itu.

Dalam bilik temuduga di PERHEBAT, ramai juga yang datang hadiri . Ramai yang muda-muda.Lelaki ada dan wanita puna ada.Dari perbualan diluar bilik menanti,bukan setakat guru fotografi sahaja yang akan diambil malah ada juga jawatan lain yang turut akan di isi.

PERHEBAT itu sebanarnya adalah singkatan bagai Perbadanan Hal Ehwal Perajurit. Sebuah badan yang separa kerajaan yang melatih bakal bakal tentera yang hendak bersara diwajibkan datang berkursusu ditempat ini. So sekiranya saya diterima menjadi pengajar fotografi nanti, saya akan berdepan dengan askar askar yang bakal bersara dari alam uniform!

"Berapa gaji yang awak mahu!" begitulah antara dailog yang berlaku semasa saya menjalani temuduga dengan orang yang menginterview saya itu.
"Saya mintak 4K" jawap saya ringkas. Kebetulan juga gaji saya dgn kerjaaan baru menyangkau 3.5K sahaja.
"Ok nanti pihak kami fikirkan" jawap pendemuduka itu.Namanya En Ishak

Seminggu selepas itu, saya dapat panggilan dari pihak PERHEBAT untuk saya melapurkan diri sececpat mungkin untuk menjalankan tugas sebagai guru jurufoto.

Sejak dari itu berulang aliklah saya dari rumah di Jalan Ipoh Kuala Lumpur ke Sg Buloh menjadi guru fotgrafi. Pada mulanya janggal juga kerana mengajar orang tua (askar)yang kebanyakan lebih tua dari saya.Tatapi jumlahnya tidak ramai hanya 10-12 sahaja setiap kali intake selama 3 culan kursus.

Rutin harian saya juga turut berubah, masuk jam 8 pagi dan pulang jam 5.00 ptang! amat berbeza semada kerja di maktan perguruan masuk jam 8.00 pagi balik jam 1.30petang!

Terasa lama juga bila bekerja di tem,pat baru tu,kerana perbezaan waktu kerja.Akhirnya,sampai juga saya setahun mengajar di PERHEBAT.

Seronoknya bekerja di tempat baru ini, studentnya tak ramai, orang dewasa dan kurang tekanan. memang seronok juga bergaul dengan pelajar tentera. Tahulah sedikit sebanayk kerja kera seorang tentera...kerenah birokrasi dalam tentetera dan sebagainya....

Masa terus berjalan, sebagai guru fotografi saya agak bebas menyediakan jadual pelajar saya. Pernah sehari suntuk saya membawa pelajar pergi buat outdoor fotografi datri pagi sampai kepetang! waktu itu sayalah boss! kerana boss PERHEBAT yang bergelar jaawatan Pengarah sendiri tak tau apa apa tentang fotografi. Malah sekolah fotografi itu diserahkan kepada saya sepepnuh dengan seorang lagi pengajar wanita yang baru lepas grad UITM. Masih mentah dalam dunia pekerjaan. tapi pengajar itu ramai pemintanya sebab dia pompuan .Pompuan yang dah berlaki tetapi tak ada anak.

Dengar cerita salah satu sebab dia tak ada anak sebab selalu terhidu asid ketika memproses gambar dalam 'dark room"...entah ya enyah tidak, saya kurang pasti.Sehinggalah saya keluar dari PERHEBAT bila kes mahmakah saya menang guru pompuan itu masih terus mengajar disitu. Sehjak itu saya tidak pernah menjejak kaki saya di PERHEBAT lagi......


.....PEHEBAT hanya hebat utk seseorang....

Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!