Berani kerana benar.....
Berani kerana benar! Apa nak takut kalau yang kita lakukan itu benar dan tidak menyalahi undang undang negara! Inilah salah satu yang berlaku didalam karya hidup saya sebagai orang guru. Mana tidaknya kita kerja baik baik, buat kerja baik baik ,kawan baik baik tiba tiba dapat arahan hendak ditukarkan dengan tujuan menyusahkan diri saya dan keluarga!
Alasanya prestasi saya menurun dan ada unsur unsur menghasut kekawan sejawatan. Hati mana yang tak remuk...memikirkan bini masih belajar tanpa gaji manakala anak anak dah seronok bersekolah bersama kawan kawan mereka di Bandar Baru Bangi....Manakala saya duduk dikuaters yang sewanya amat rendah ketika itu
Ah pening kepala memikirkan arahan boss itu. Saya memang tidak setuju seratus peratus.Saya berdepanya dipejabatnya untuk mengetahui punca sebenar.Boss dgn muka selamba sahaja, dia tak mau terima saya lagi bekerja dibawahnya......
Apa yang dapat saya simpulkan boss itu dapat maklumat tidak betul mengenai diri saya.Maknya ada hasutan orang lain yang cemburu sangat dengan saya. Penghasut itu sebenarnya kawan satu jabatan dan satu kuaters juga dengan tempat saya duduk!!! pelik betul
dari firasat saya yang menghasut itu seorang rakan pensyarah perempaun. Memang dari awal saya bertugas di maktab itu memang saya yang ngam dengan dia. Pertama yang saya tak suka sebab dia sudahlah pompuan tapi hobbinya menghisap rokok! Memang entah kenapa saya memang benci sungguh orang pompuan hisap rokok!!!(macam jalang/pelacur) Jadi hubungan sejawatan denganya memang tak ngambetul....Akhirnya saya difitnah kepada boss.....
Puncanya hanya hasat dengki! Waktu mula mula sampai kemaktab itu saya hanya menggunakan kenderaan lama Opel Gemini dan sebulan kemudian dari itu saya menukar kereta lama yang saya bawa balik dari Miri Sarawak itu dengan kereta baru Volvo 240! Waktu itu kereta Volvo dianggap setanding dengan Mecedes! Malah pengetua maktab sendiri menggunakan kereta Peogeot 404. Dari punca tukar kereta Volvo itulah kawan saya itu amat cemburu....
Bila ada sahaja kesalahan yang kecil sahaja saya lakukan,cucuk jarumnya menjadi...dari ketidak habisan saya menjalani satu kursus dalaman Kem Membina Semangat yang kebetulan salah seorang jurulatihnya adalah pensyarah pompuan yang merokok itu! Jadi dari situlah puncanya boss saya mendapat laporan dan membuatkan boss terima sahaja hasutan dan laporanya tanpa memanggil saya untuk mendapatkan kepastian! Lebih dari 10 sebab sebab keburukan saya dilaporkan dalam berbentuk bertulis kepada boss selaku Kem Komander waktu itu. Boss yang tak ambil pusing terus membuat laporan ke Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjutnya!
Seminggu selepas itu saya dipangggil oleh orang atasan di Kementerian Pendidikan untuk mengadap mengenai isu laporan itu.Saya akur dan pergi ke Kementeria Pendidikan pergi mengadap En Razak Mohamad selaku orang yang bertanggung jawap terhadap urusan disiplin yang telah saya lakukan.
Masuk sahaja kebilik En Razak di kementerian Pendidikan,saya terus dihamput dan diherdik dengan kata kata yang sungguh menyakitkan hati saya.
"Awak tahu kenapa saya panggil awak datang jumpa saya" itulah kata kata kasar yang diajukan kepada saya.
"saya tak tau tuan" jawap saya ringkas
En Razak bertambah menyingga bila saya menjawap!
"Menjawap ya" balasnya dengan muka yang amat marah kepada saya.
Dia mengangkat telefon memanggil pengawainya masuk kedalam biliknya.
Seorang pegawai wanita masuk dan terus menyapa saya "Kenapa ni Zamri?"
Saya tidak terkejut sangat sebab pengawai wanita yang masuk itu adalah Puan Hasiah Hj Omar seorang guru yang pernah mengajar saya Ilmu Pendidikan semasa di maktab perguruan dahulu.
Semasa dimaktab dulu Puan Hasiah adalah peneasihat Persatuan Bulan sabit Merah, manakala unit uniform itu saya adalah pengerusinya! Boleh dikatakan perhubungan saya dengan Puan Hasiah memang cukup baik.Malah semua aktiviti bulan sabit merah ketika dimaktab perguruan kebanyakanya saya uruskan dengan jayanya bersama AJK yang dilantik.Pendek kata Puan Hasiah cukup senang dengan kominten saya berikan terhadap unit uniform itu...
"Mana hang kenal budak ni, Hasiah?" tanya En Razak kepada staffnya Puan Hasih yang menyapa saya ketika masuk kedalam bilik kecil En Razak itu
"Dia student saya dulu" jawap Puan Hasiah sambil duduk tidak jauh dari En Razak. Mereka berdua mengadap muka saya.
"Budak ni banyak buat masalah dengan kita...dan kita nak dia ditukarkan balik ke sekolah" Kata En Razak kepada Puan Hasiah.
En Razak mengambil kertas a4 ditangannya dan menghempasnya didepan saya dan menyuruh saya membaca sendiri isi kandungan aduan dari pihak Kem Komender (boss saya) kepadanya.
Saya mengambil kertas itu dan membacanya satu persatu dengan kuat. Sedih hati saya membaca segala tuduhan itu....mau tak mau saya teruskan membaca dengan kuat suapaya blh didengar oleh Puan Hasiah dan En Razak
"Puas hati?" tengking En Razak bila saya sudah selesai membaca tuduhan itu.
Saya hanya mengelengkan kepala tanda tak setuju
"Kami tak mau staff kami berperangai macam kamu ni...menyusahkan kami...dan kami akan tukarkan awak balik ke sekolah" kata En Razak kepada saya serious.
"Maafkan saya En Razak,segala tuduhan itu hanya rekaan belaka,saya tak mau balik ke sekolah sebab isteri saya masih belajar, anak anak ramai masih sekolah dan bayak masalah kewangan bila saya ditukarkan ke sekolah nanti...saya duduk dikuaters" itulah luahan hati yang saya ucapkan sebagai membela diri
"saya akan ambil tindakan mahkamah terhadap tuan, sekiranya saya ditukarkan...." ujar saya didepan En Razak dan puan Hasiah.
Puan Hasiah saya lihat terdiam dengan tindakan saya itu.Mungkin dia kesal dgn sikap saya yang agresif dengan bossnya itu....
" kalo hang berani, samanlah....bapak penakan saya lawyer" balas En Razak dalam loghat utaranya
Saya pun tak mau bercakap panjang,....keluar dari biliknya.
Tangan saya hulurkan utk minta maaf kepada En Razak tak disambutnya....marah betul dia dengan saya...Hati saya sayu dan langkah saya longlai keluar dari pejabat bilik En Razak.....
......bersambung dimahkamah
catatan 10 Ogos 2016

Comments
Post a Comment