Posts

Showing posts from 2017

Berkawan dengan bakal jutawan....

Sejak akhir akhir ini rasanya terlalu kerdil diri aku ini.Mana tidaknya ramai kalangan rakan aku yang bercerita dengan projek juta juta. Nak berkawan dengan orang macam ni segan juga rasanya. mana tidaknya kita ni hanya kaki tangan kerajaan...memang tak akan jadi juta jutanya kalau setakat gaji yang dibagi oleh gomen setiap bulan. Mana ada kakitangan kerajaan yang kayo setakat gaji yang ada???memang tak ada.Kecualilah ada biz sampingan disebaliknya... En Yahya, kawan lama aku..dengar ceritanya tahun Jan 2018 nanti akan ' terjadilah' wangnya 1.7 juta ringgit.Wooooo hebat itu. Seandainya pelaburan dalam Monspace yg dimasuki 20 lot,menjadi kenyataan bila mscoinya diapungkan dipasaran dunia pada ketika itu....Hai jutawanlah kawan kau ni! Sebelum ini dah berbagai pelaburan En Yahya kongsikan dengan aku, tapi tak ada yang menjadi.Aku doakan agar En Yahya seorang bekas perisik tentera akan menjadi jutawan ketika itu... En Yahya boleh dikatakan antara kawan agak rapat juga dengan a...

2017...Zaman meleset IPG

Hari ini IPGKIK (10 Julai 17) mendapat 89 orang pelajar baru ambilan 2017. Jumlahnya amat kecil sekali berbanding dengan jumlah pensyarah dan staff yang ada! Apa boleh buat itu kehendak Kementerian Pelajaran meminimakan baget yang semakin mengecut. Ruang pendaftaran di Dewan Dr Razali Ismail, pelajar bersama waris masing masing mendaftarkan diri di kaunter yang telah ditetapkan. Sementara anak pelajar baru mendaftar, ibu bapa dipertonnton dengan video IPGKIK yang memaparan sejarah dan kebangaan institut itu sejak  ditubuhkan tahun 1959 lagi itu. Dalam taklimat pihak pengetua dengan pewaris yang diadakan tepat jam 11 am itu, menarik beberapa ibu bapa terhadap persolan yang diajukan kepada pihak pentadbir.Antara tiga soalan yang dikemukakan oleh ibua apa adalah tentang Surat Perjanjian Pelajar, Sistem keselamatan Asrama dan Masalah Biasiswa Pelajar ambilan 2017. Menarik juga soalan mengenai soalan dari pewaris pelajar, seorang guru yang mengajar di MCKK kuala kangsar mengemuk...

Reunion punya penangan...

Ha ha...Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Walaupun dah 10 hari menyambut aidil fitri 1438 H,namun banyak kisah menarik yang hendak diceritakan disini untuk renungan bersama. Dipendekkan cerita adalah seorang pompuan ini , dalam lingkungan umur 36 tahun!Masih muda dan bergaya.Katanya berasal dari Tanah Merah Kelantan. Hariraya baru ni balik ke Kelantan berhariraya bersama anak anaknya bertemu datuk neneknya disana. Wanita muda ini namanya Aisah dan nama panggilan manja Sya sahaja. Orangnya manis,kecil molek, tapi dan mempunyai 5 orang anak kesemuanya lelaki. Yang sulung tingkatan baru 2 dan yang kecil baru 2 tahun. Menurut Sya,emaknya berasal dari selatan Thailand dan bapanya memang ori Kelantan. Sebab itu mukanya Sya nampak kelainan sikit adalah irap irap muka Cina sikit..berkulit putih Dari cerita awalnya dia memang suka menolong emaknya memasak ketika masih di sekolah lagi,kerana familynya berniaga kedai makan di pekan Tanah Merah. Tidak hairanlah dia sanggup berhenti kerja sebagai...

Dunia dah terbalik....

Semalam cuti wesak,teringat pulak hendak ke Tanjung Karang Selangor untuk ketemu rakan lama yang sama sama buat marketing ZAGSTON OIL suatu masa dulu.Rakan ini berasal dari Batu Pahat Johor tetapi berkawin dengan anak Selangor di Tanjung Karang dan mennetap di Tanjung Karang setelah duduk ditanah emak mentuanya! Jam 2.30 pm bertolak dari Kuala Lumpur bersama cikgu Mat dengan Jeep Cherookee saya tu. Memang mengajak cikgu Mat untuk buat teman bersembang dari KL ke Tanjung Karang. Lagipun cikgu Mat ni masih bujang terang tang tang walaupun usia dah menjangkau 60 tahun!Bila ditanya kenapa tak kawin kawin, alasannya dizaman mudanya difrust oleh seseorang yang dicintainya...sehingga kini dia tak berhasrat nak menjejak kaki ke alam perkahwinan.....pelik! Cikgu Mat ini dulunya sebenarnaya rakan semasa belajar di maktab perguruan Jalan Raja Muda Kuala Lumpur sekitar tahun 80an...Dari situ perkenalan saya dengannya. Kemudian setelah hampir 35 tahun menjalankan tugas masing masing,lebih kuran...

Gelung Pepuyu suatu kenangan....

Hairan juga anak Perak tak pernah pergi ke Bota yang juga dalam negeri Perak Darulridwan!Itulah hakikatnya dalam hidup ini sebab mungkin terlalu sibuk atau memang tak mau lawat kawasan negeri sendiri... Pada cuti semperna hari buruh 2017 lalu, selepas solat subuh, dengan Jeep Cherooke WER aku itu pun bergerak meninggalkan Kuala Lumpur. Pemergian rancangan ke Bota itu dirancang sebulan lalu, yang kebetulan ada kawan sekolah lama mengawinkan anaknya di Bota Kanan. Kawan itu, kawan baiklah kiranya masa sesama kenal di tingkatan enam di Teluk Intan tahun 1976! Now kawan itu yang dulunya kerja di Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur mengawinkan anaknya di kgnya di Bota!Sebelum ini semua anaknya dikawinkan di Kuala Lumpur...tetapi setelah pencen awal, kawan itu mengawinkan anaknya pulak dikg kelahiranya.... Dulu semasa diasrama di Teluk Intan ramai kekawan dari seluruh Perak bersekolah yang sama! mana mana pelajar yang lepas SPM yang mendapat keputusan yang agak baik di tempatkan di Teluk...
Apa Ada Dengan Nama.... Pertama kali menyjejak kaki di Maktab Perguruan Sarawak Miri hujung tahun 80an, terasa gugup juga! Pertama kali merantau diperantaun jauh kenegeri seberang demi tugas baru sebagai pensyarah kesitu. Ketika mendapat tawaran untuk ditugaskan mengajar ke Miri dari SM Sungkai,terpaksa juga fikir 10 kali dan berbincangan dengan orang rumah! Banyak juga pro dan kontranya sebeleum mengambil keputusan berhijrah kesana. Pertamanya waktu itu,rasanya sudah selesa mengajar di tempat sendiri (kg sebelah istri), rumah juga baru dibeli di Taman Okid Sungkai, manakala anak anak (masa itu 3 orang)senang sahaja hantar sahaja kerumah emak dan bapak mentua ketika itu (kg Buluh Telor Sungkai) Tidak perlu bayar kos pengasuh... ahhhh gitulah fikiran. Ketika itu bisnez kedai gambar di pekan Sungkai agak maju juga dengan nama ZAZA Kedai Gambar, itu semua adalah perlu difikirkan... Walauapapun...keputusan telah diputuskan bersama,saya terima keputusan muktamat untuk bertugas di sa...
Susahnya nak masuk ke  SeK Menengah Agama Kuala Lumpur 2017! Tahun 2016 adalah calon palingmalang bagi pelajar UPR seMalaysia. Bukan sahaja keputusan merundum seluruh Malaysia, malah sekolah yang sebbelum ini top dengan pelajar dapat 6A yang begitu ramai, kali ini merundum!!! Kalau adla pelajar yang dapat 4 /5  orang 6A itu sudaj dianggap sekolah cemerlanglah pada tahun 2017! Anak bongsu saya dari SK Sentul Utama adalah salah seorang yang mendapat 6A dari empata orang yang menentrima keputusan yang sama! Sekolah Sentul Utama jadi tumpuan, kerana bilangan yang terima 6A dianggap paling top di daerah Kuala Lumpur. Guru guru dan guru besarnya bukan main bangga dengan keputusan itu.Walhalnya kalau hendak diharapkan cikgunya bukanlah dalam kumpulan cikgu yang rajin....rata rata yang dapat 6A itu semuanya ada tusion diluar sekolah!!!!sekolah hanya tumpang sekaki atas kejayaan anak murid mereka itu! Hebuh dalam media, tahun ini murid yang dapat 3A juga akan ditawarkan ke MRSM ...

Pencen terus ada jodoh baru....

He he...pencen sahaja guru persaaan pilihan usia 58tahun..terus  dapat jodoh baru.... Hai gitulah rezeki kawan aku yang mengajar di sebuah sekolah utara tanha air. Tahniah cikgu Mad!!! Cikgu Mad adalah sahabat teman semasa sama sama jadi student Maktab Perguruan jalan raja Muda Kuala Lumpur tahun 1976 dulu. Cikgu Mad orang Kedah dan saya dari perak. Kami berkawan rapat bukan sahaja semasa belajar selama dua tahun dimaktab itu ,malah lebih rapat lagi ketika sama sama menjalni latihan praktikal ditahun akhir dis sekolah yang sama di Klang sebbelum menjadi guru terletahi sebelas itu.... Bagi saya banyak nostalgia bersama cikgu Mad. Pertama dia pernah kami lantik menjadi ketua kelas dalam kursus AKA11 diwaktu maktab dulu. Gelaran yang kita beri adalah Pak Engku!!!Semua kelas memamnggulnya Pak Engku...entahlah siapa yang memberi gelaran itu.malah pensayrah juag kenal an memamngggil nama pak Engku... Kelas AKA11 masa itu adalah kelas yang agak nakal juga!sebabnya kelas kami tak...
SMAKL susahnya nak masuk.... Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang terletak di Bandar Manjalara Kepung, adalah sekolah harian biasa sahaja.Cuma pihak pentadbiranya membuat undang undanag semua pelajar mesti tinggal diasrama, walaupun rumah pelajar dihujung pagar sekolah! Ah gitulah hebatnya kuasa PIBG dan Pengetua yang mentadbir sekolah itu. Awal tahun ini, anak saya yang bongsu da[pat 6A dalam UPSR dan amat berminat hendak ke sekolah itu. Ini disebabkan kakaknya ada belajar di sekolahitu dalam tingkatan 5 dan akan menhadapi exam SPM pada penghujung tahun ini.Saya tak mengahalang dia hendak belajar kat situ, tetapi tapisan untuk memasuki sekolah itu amat hebat! Ada sisitem interview dimana pelajar dikehendaki menghafal ayat ayat suci al quran sekurang kurang 5 surah dari 7 yang disediakan. Anaka saya walaupun hebat dapat 6A dalam upsr dan 7a dalam pepepriksaan sekolah agama, namun kefasihanya dalam menghafal ayaat suci tidaklah sehebat mana. Ketika waktu ujian untuk me...
Tangisan tanpa suara.... Sudah hampir dua minggu Ana dimasukkan di hospital besal kl, akibat kemalangan jalanraya di Sweden sebulan yang lalu! Aku redho dengan kehendak Allah dengan apa yang berlaku terhadap anak perempuan aku yang masih menuntut ditahun akhir di Essex Universty London. Kemalangan berlaku di negara Sweeden ketika dia dan kawan kawan universitynya menghabiskan cuti hujung tahun 2016 lalu untuk ke Norway. Sebelum kemalangan Ana ada hantar whatsap kepada aku, mengatakan dia akan bercuti dgn kekawanya untuk mencari arora di Norway. Aku hanya mengucapkan selamat bercuti dan tidak pula berpesan membaca doa doa perjalanan kepadanya! Selalunya aku sentiasa berpesan kepadanya jika dia memberitahu aku bila untuk bercuti... Ketika kejadian kemalangan itu berlaku aku baru balik dari Pulau Lipe Thailand selama 3 hari disana dengan menaiki kereta Jeep Cherookee lama aku itu. Malam itu, anak perempuan aku datang memberitahu kejadian kemalangan Ana di Sweeden! Sebagai seorang b...

Pobia Motosikal Vs Membebel..

Kehadiran Dr Suhaimi Pengarah baru bagi menggantikan Dr  Rodhiah Abdullah yang diarahkan bertukar ke Bahagian Nazir Sekolah di Putrajaya, IPGKIK ibarat Merdeka!!!! Merdeka dalam ertikata, ramai yang rasanya amat sukahati dengan pertukaran pengarah itu.Masing masing ada cerita berkaitan dengan Pengarah IPGKIK yang ada bertaraf  Dr dipanggal namanya itu. Bagi saya cerita yang tak dapat saya lupakan sebagai seorang staffnya tidak kurang juga hebatnya.Mana tidaknya,bilik kerja saya bahagian Media..biasalah orang bujang duduk sorang sorang tanpa da pembantu, almaklumlah dalam tidak kemas dan teratur. Suatu hari Dr Rodhiah datang kebilik saya...mungkin dia hendak mengetahui sama ada saya ada didalam bilik atau tidak...tapi saya sudah mengetahui dari cctv yang saya pasang dipintu masuk hadapan! saya akan tau siapa yang datang melalui cctv tersebut. Kedatanganya saya sudah tahu! Saya sudah ready apa apa kerja yang saya lakukan...buat buat ajelah! Yang pastinya monitor TV, ...