Susahnya nak masuk ke  SeK Menengah Agama Kuala Lumpur 2017!


Tahun 2016 adalah calon palingmalang bagi pelajar UPR seMalaysia. Bukan sahaja keputusan merundum seluruh Malaysia, malah sekolah yang sebbelum ini top dengan pelajar dapat 6A yang begitu ramai, kali ini merundum!!! Kalau adla pelajar yang dapat 4 /5  orang 6A itu sudaj dianggap sekolah cemerlanglah pada tahun 2017!

Anak bongsu saya dari SK Sentul Utama adalah salah seorang yang mendapat 6A dari empata orang yang menentrima keputusan yang sama! Sekolah Sentul Utama jadi tumpuan, kerana bilangan yang terima 6A dianggap paling top di daerah Kuala Lumpur. Guru guru dan guru besarnya bukan main bangga dengan keputusan itu.Walhalnya kalau hendak diharapkan cikgunya bukanlah dalam kumpulan cikgu yang rajin....rata rata yang dapat 6A itu semuanya ada tusion diluar sekolah!!!!sekolah hanya tumpang sekaki atas kejayaan anak murid mereka itu!

Hebuh dalam media, tahun ini murid yang dapat 3A juga akan ditawarkan ke MRSM atau sekolah berasrama penuh! Begitulah teruknya keputusan UPSR tahun 2017. Bagi saya rasanya anak saya 6A tentu no problem nak pilih mana mana sekolah yang dia suka!!! rupa rupanya harapan saya meleset

Sebagai seorang ayah, tawaran spp anak saya ditempatkan di SDAR Negeri Sembilan, bukanlah berita yang mengembirakan saya. Saya di KL,mnakala sekolah tawaran itu di negeri sembilan.Bagi menyejukkan hati anak saya, saya bawa dia pegi melawat sekolah SDAR yang terletak jauh dipendalaman walaupun[pun bangunanya nampak dari lebuhraya kl-jb

Untuk sampai kesana dari tol senawang, saya diarahkan oleh pihak sekolah akan menempuh 8 buah trafik light dan akan bertemu kubor india sebelum sampai ke SDAR! bersebelahan dengan RTM nogori sembilan

Perjalanan saya sekeluarga dari kl agak membosankan juga untuk sampai kesitu bila melalui tol senawang.Puas memmerhatikan arah tanda SDAR dari tol, tapi satu pun tak nampak....pelik juga sekolah terkenal tetapi papan tanda tak ada....bila papan tandapun tak ada, macam macam persepsi timbul dikepala saya....

Sesampai sahaja, settelah mendapat kebenaran dari pak gad, kamipun masuk...alahai, bangunan cantik tapi warna dah usammm...dari sepintas pandang dengan roud round sekitar pejabat pentadbiran, sekolah ini dalah sekolah sukan, ada jim dan berbagai padang permainan ada ada disediakan....

Bincang dengan anak yang dapat 6A tu dia pun mengeleng kepala , tanda tak mahu di sekolah itu...

Berbalik semula dengan sekolah SMAKL, sebagai pilihan pertamanya...settelah menghadiri temuduga,sampai semua pelajar sudah masuk ke sekolah itu anak saya masih tak ada jawapan! Pergilah memmanjat pejabat pelajaran wilayah bahagian agama, bertanyakan khabar>>>jawapanya anak saya gagal sebab gagal membaca surah semasa interview tempuh hari....

Pelik juga dalam kepala saya ni, apakah kateria untuk masuk ke skolah itu? Apakah hanya memmentingkan hafazan semata mata??? Kalau begitu caranya, tak payahlah keputusan UPSR yang bagus..tumpuan kan sahajalah dengan hafazan sebaik mungkin untuk masuk ke sekolah itu

Saya juga  keliru dengan skim interview yang dijalankan, apakah pemberatan keutusan UPSR tidak dikira langsung atau bagaimana???? (soalan ini akan saya ajukan nanti dalam mesyuarat PIBG 2017 nanti) Memang tak adil, kalau pembebratan hafazan semata mata.....padahal sekolah SMAKL bukanlah sekolah berasrama penuh pun, cuma sekolah harian biasa sahaja

Sebagai seorang guru, saya terpaksa memmanjat sekali lagi ke pejabat pelajaran  WP berjumpa dengan boss bagaian sektor agama. Saya kuatkan semangat dan kekuanter depan untuk bertemu boss..."ada buat temujanji?..tanya staff yang berugas

sakit betul hatisaya bila solan iotu ditanya pada saya...besar sangat ke atau sebuk sangat ke boss sector sehingga nak buat temujanji....

Akhirnya saya dibenarkan, bila saya katakan saya dari IPGKIK Cheras.Bukan atas perkara sekolah anak!!!

Pegawai sektor tu masih muda.En Muhammad Nur namanya. Setelah bertanya khbanar dan sebagainya dan tahulah saya bahawa dia adalah pelajar kumpulan KPLI kumpulan ke tiga di MPI (maktab Perguruan Islam Bangi) tahun 1990an

Dan bila saya mengatakan saya pernah mengajar disitu bagi kumpulan pertama KPLI dan berceritakan nama nama uztas dan pensayarah yang ada masa itu,dia semakin lancar berborak dengan saya....akhirnya saya menceritakan hajat anak saya yang tidak terpilih ke SMAKL walaupun intake kedua sudah masuk ke sekolah itu...

Dipendekkan cerita En Mohamad Nur terus mencatatkan nama anak saya dalam diarynya untuk tindakan selanjutany...."tunggulah kalao ada kosong nanti, saya akan masukkan nama anak tuan" jawapnya

Akhirnya setelah sebulan belajar di sekolah biasa, anak saya dipanggil untuk mendaftarkan namanya di SMAKL bagi intake yang ketiga (terakhir). Pada 13 Feb 2017 saya terpaksa mengambil cuti, bagi mendaftarkan Anas Zakuwanuddin di Tingkatan Satu ALi bersama 4 lagi rakan rakan barunya...


Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!