Tangisan tanpa suara....
Sudah hampir dua minggu Ana dimasukkan di hospital besal kl, akibat kemalangan jalanraya di Sweden sebulan yang lalu! Aku redho dengan kehendak Allah dengan apa yang berlaku terhadap anak perempuan aku yang masih menuntut ditahun akhir di Essex Universty London.
Kemalangan berlaku di negara Sweeden ketika dia dan kawan kawan universitynya menghabiskan cuti hujung tahun 2016 lalu untuk ke Norway. Sebelum kemalangan Ana ada hantar whatsap kepada aku, mengatakan dia akan bercuti dgn kekawanya untuk mencari arora di Norway. Aku hanya mengucapkan selamat bercuti dan tidak pula berpesan membaca doa doa perjalanan kepadanya! Selalunya aku sentiasa berpesan kepadanya jika dia memberitahu aku bila untuk bercuti...
Ketika kejadian kemalangan itu berlaku aku baru balik dari Pulau Lipe Thailand selama 3 hari disana dengan menaiki kereta Jeep Cherookee lama aku itu. Malam itu, anak perempuan aku datang memberitahu kejadian kemalangan Ana di Sweeden! Sebagai seorang bapa aku hanya mengharapkan doa kepada Allah sahaja untuk keselamatanya disana. Aku menyuruh anak aku itu menghubungan abangnya Mohd Nor Salam (Ca) yang berada di Perancis untuk melihat adiknya Ana di Umea Hospital Sweeden.
Selama sebulan anak lelaki aku itu mengambil cuti tanpa gaji semata amata menjaga dan memberi laporan kepada kami sekeluarga di malaysia perkembangan kesihatan adiknya ananya kepada kami.Aku sebagai ayah merasa bersalah kepada Mohd Nor salam kerana melepaskan tanggungjawap itukepadanya! Maaafkan ayah Ca!
Bukan aku tak mahu pergi melihat Ana yang terlantar di Umea hospital tu, tapi maaklumlah Sweeden bukanlah dekat...memakan masa 24 jam penerbangan terus dari Kl ke Stokhome! dari Stokhome ke hospital Umea kena lain fligt lain memakan masa 45 minit lagi....cuaca dikatakan bawah paras -5 darjah! Lagi pun menurut anak aku Ca, kalao aku datangpun tak boleh buat apa apa kerana Ana tak sedarkan diri....so katanya biarlah dia sahaja yang menjaga adiknya itu....terima kasih Ca, abah percaya Ca sudah matang, setelah tamat belajar di salah sebuah Universsity di Perancis......
Subuh tadi seperti biasa waktu melawat jam 630 am aku dah muncul di wad 6A Wad Neerologi HKL untuk melawat Ana yang terlantar di katil 21. Kebiasaanya selama ini, Ana masih tidor dan kedatangan aku dan isteri aku hanya untuk mengurut ngurut tanyanya atau membasuh mukanya dengan air zam zam. Tetapi hari in ini aku agak sebak dalam jiwa ku melihat Ana membuka sebelah matanya sambil mulutnya menganga dan bergerak gerak seolah menangis menahan kesakitan! Aku hanya hanya memegang tangan dan membaca subhanallah, walhamdulillah, walailahalillah berulang kali! Tak dapat aku tahan kesedihan hati yang cuba ditahan dan mengalirkan air mata dipipi aku....
"Maha suci Allah, engkaulah tempat aku memohon doa....engkau percepatkanlah sembuh anak aku Ana seperti sediakala kepada engkaulah tempat aku mengadu...segala galanya ini datangnya dari Engkau ya Allah...aku tiada upaya melawan takdir engkau...."
Pada waktu yang samanya, aku lihat istri ku yang tabah selama ini juga menangis teresak esak melihat perubahan positif yang ada pada Ana dipagi Jumaat itu...sedih melihat Ana dah boleh hendak bercakap atau mengadu kesakitanyanya walaupun suaranya masih belum boleh dikeluarkan akibat kecederaan yang diadapainya selama hampir 2 bulan itu.
Mengikut lapouran doktor pakar, kesihatan Ana ok...cuba dia kena dibayakkan aktiviti fisiotrapi pada seluruh anggota badanya! Semalam juga seorang ahli fisiotrapi luar telah datang membuat rawatan pertama dengan Ana. Sebelum ini hanya fisiotrapi dari pihak hospital sahaja yang hanya datang sejam sehari....aku dan anak anak juga belajar cara membuat fisiotrapi,moga boleh kami gunakan pada Ana bila waktu waktu yang sesuai....memang Ana kena dibanyak fisio memandangkan bahagian tangan kiri dan kaki kirinya anak kejang
Difaham jam 10am nanti Ana akan menjalani MMR untuk mendapatkan keputusan kesihatanya yang sebebenar sebelum boleh dibawa keluar untuk rawatan selanjutkan di Cheras
Semoga dipagi Jumaat ini, hari segala gala hari..kesihatan Ana akan beransur pulih hendaknya...Wallahualam
16feb2017
Comments
Post a Comment