Pobia Motosikal Vs Membebel..

Kehadiran Dr Suhaimi Pengarah baru bagi menggantikan Dr  Rodhiah Abdullah yang diarahkan bertukar ke Bahagian Nazir Sekolah di Putrajaya, IPGKIK ibarat Merdeka!!!!

Merdeka dalam ertikata, ramai yang rasanya amat sukahati dengan pertukaran pengarah itu.Masing masing ada cerita berkaitan dengan Pengarah IPGKIK yang ada bertaraf  Dr dipanggal namanya itu.

Bagi saya cerita yang tak dapat saya lupakan sebagai seorang staffnya tidak kurang juga hebatnya.Mana tidaknya,bilik kerja saya bahagian Media..biasalah orang bujang duduk sorang sorang tanpa da pembantu, almaklumlah dalam tidak kemas dan teratur.

Suatu hari Dr Rodhiah datang kebilik saya...mungkin dia hendak mengetahui sama ada saya ada didalam bilik atau tidak...tapi saya sudah mengetahui dari cctv yang saya pasang dipintu masuk hadapan! saya akan tau siapa yang datang melalui cctv tersebut.

Kedatanganya saya sudah tahu! Saya sudah ready apa apa kerja yang saya lakukan...buat buat ajelah!
Yang pastinya monitor TV,  saya tutup awal awal supaya dia tak tahu bahawa bilik saya ada cctv!

Saya buat macam sibuk buat kerja...bila sahaja bilik saya diketuk...Dr Rodhiah melihat saya sedang membuat kerja kerja percetakan warna berkaitan dengan foto institut dan mereka yang akan menyediakan album mereka yang akan bersara!!!

Wah ! Hebat bilik kerja tuan haji, tegurnya.
"Biasalah Dr! Ini bilik kerja...bersepah sikit" jawap saya
"Bersepah sikit ape nya" balasnya lagi.
"Nanti minggu depan saya nak tenguk bilik ni ikut prinsip 5S" jawapnya dengan serius.

Itu satu dari cerita yang sdaya alami sendiri mengenai ketegasan Dr Rozhiah terhadap keceriaan bilik!!!

Tapi yang agak melucukan saya adalah mengenai susun atur foto di carta organisasi institut! Dr Rozhiah mahu fotonya dibahagian atas selaku ketua organisasi IPGKIk dia mahukan foto baru diambik untuknya. Katanya dia nak pakai jubah/topi PHDnya diletakkan nanti...

Menurutnya selaku pengrarah yang pertama ada Phd di IPGKIK dia nak letakkan foto berkenaan!Memang betullah katanya itu, kerana pengarah sebelum dia adalah En Shaari Osman memang tak ada Phd.

Selaku orang bawahan, saya hanya mengikut perintah. Setelah gambarnya yang menggenakan pakaian Phdnya diambil, saya potong dan lekakkan di papan organisasi institut!!!!

Dalam hati saya, memang Dr Rozhiah ni agak suka membanggakan dirinya sendiri sehinggakan gambar dia selaku pengarah pun perlu ditonggolkan kedoktoranya....

Padahal sebelum inipun ada juga pengarah yang bertaraf Dr...ia itu Dr Noor Azmi tahun 1990an tetapi tidaklah pulak gambar organisasi mesti pakai topi Phd!!!

Memang kelakar dibuat oleh Dr Rozhiah dalam hal ini!!!!

Dengan ketiadaannya Dr Rozhiah IPGKIk terasa sunyi sebentar sebelum Dr Suhaimi yang baru  datng dari Perak mengambil alih pentadbiran IPGKIK mulai Nov 2016.

Namun apa apa pun sebagai orang lama dibahagian Nazir Sekolah Perak yang naik pangkat awal awal lagi dia dah round seluruh IPGKIK dan melawat kelas kelas...malah ada dikalangan pensyarah agak kecut juga dengan tindakan pengarah baru ini....

Pengarah baru ni namkpaknya suka meronda,malah motosikal saya juga pernah ditegurnya dikatakan diletakkan ditempat yang bukan sepatutnya...hai entahlah, kebetulan waktu itu hujan, saya letakkan dikoridor..so ditegur.....terima ajelah

Mungkin sakit matanya agaknya melihat honda cup buruk...tidak seindah kereta Mecedesnya.....

Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!