Reunion punya penangan...

Ha ha...Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Walaupun dah 10 hari menyambut aidil fitri 1438 H,namun banyak kisah menarik yang hendak diceritakan disini untuk renungan bersama.

Dipendekkan cerita adalah seorang pompuan ini , dalam lingkungan umur 36 tahun!Masih muda dan bergaya.Katanya berasal dari Tanah Merah Kelantan. Hariraya baru ni balik ke Kelantan berhariraya bersama anak anaknya bertemu datuk neneknya disana. Wanita muda ini namanya Aisah dan nama panggilan manja Sya sahaja. Orangnya manis,kecil molek, tapi dan mempunyai 5 orang anak kesemuanya lelaki. Yang sulung tingkatan baru 2 dan yang kecil baru 2 tahun.

Menurut Sya,emaknya berasal dari selatan Thailand dan bapanya memang ori Kelantan. Sebab itu mukanya Sya nampak kelainan sikit adalah irap irap muka Cina sikit..berkulit putih

Dari cerita awalnya dia memang suka menolong emaknya memasak ketika masih di sekolah lagi,kerana familynya berniaga kedai makan di pekan Tanah Merah. Tidak hairanlah dia sanggup berhenti kerja sebagai kerani dipejabat guaman di Kuala Lumpur ! Berkat bakat akhirnya  memuka sebuah restoren di Bukit Jalil selama 10 tahun bersama suaminya abang Mat!

Kehidupanya sewaktu itu aman bahgia dan boleh dianggap senang. Kemewahan hidup dengan suaminya, waktu itu sudah mampu membeli kereta mewah Honda, Suzuki dan kereta Toyota MPV Virefire!

Menurut Sya lagi,langit tidak selalu cerah.Setelah berniiaga agak maju,duit pun mewah,restoren pun dah mantap,(ada 2 chef dan 6 pekerja)akhir berkecai begitu sahaja apabila suaminya yang dipanggil abang Mat buat hal.

Abang Mat yang yang bergelar suami selama  14 tahun lalu,yang sebelum itu hanya pekerja kontrak,sudah pandai melaram. Dengan gaya dan kereta mewahnya, telah menarik kawan kawan sekolah lamanya di Manjung Perak mengadakan reunion bersama teman lamanya!

Sejak perjumpaan reunion itulah,cerita Sya abang Mat dah banyak berubah.Siang malam Abang Mad dengan whatsappnya...hingga diatas katil hendak tidorpun masih berwatsap lagi...

Pantang ditegur,panas baran abang Mat terus hingga penampar dibuka Sya.Anak anaknya juga dijadikan mangsa oleh abang Mat.Pernah abang Mat menghempaskan hphone anak sulung hancur berkecai dilantai didepan anaknya akibat panas baranya yang tak dapat dikawalnya itu...

Akhirnya, abang Mat mengaku dah terpaut hati dengan rakan sekelasnya yang seusia dengan abang Mat ketika itu 54 tahun.Kebetulan pula rakannya itu dah menjanda! So  cinta lama abang mat berputik semula dengan rakan sekelasnya setelah kian lama menghilang...Ini diperapikan lagi oleh rakan rakan dalam group renion,atas kemampuan abang Mat

Sejak bercinta semula itulah, rumah tangganya mulai goyang! Perniagaan jadi merosot dan lebih malang lagi abang Mat berkawin dengan rakan sekelas lamanya, tanpa pengetahuan istrinya....abang Mat hilang selama 3 bulan dari rumah, rupa rupa berbulan madu dirumah bini barunya di Manjung...

Kata Sya lagi,tiada jalan lain hanya memfailkan fasak di mahmakah syariah, dan akhirnya abang Mat bersetuju memenuhi permintaan istrinya dengan mengugurkan istrinya Aisyah dengan talak satu.

Menjandalah Sya....dan kelima lima anaknya ditanggung oleh Sya...Abang Mat lepas tangan...namun sebulan dua selepas lapaz cerai, abang Mat macam gila talak!!! dia mula hendak mengongkong Sya dari kemana mana,... seolah olah Sya masih istrinya.... anak anaknya jadi mata dan pembetri maklumat pada abang Mat....dgn menalifon anak anaknya...

Puas juga Sya menerangkan kepada abang Mat, antara mereka dah tak ada hubungan lagiii dan akhirnya abang Mat sedar dimana silapnya...beberapa kali memujuk Sya untuk kepangkuanya tetapi Sya dah bertekat tidak akan bersama Abang Mat lagi....Baginya biarlah dia meneruskan hidup membuka perniagaan dikawasan lain, bagi meneruskan perjuangan membesarkan anak dengan status baru bernama ibu tunggal

Semoga bagi anda yang suka sangat berunion, adalah  dinasihatkan berhati hatilah kerana ianya dirasakan boleh mendatangkan keburukan rumah tangga walaupun usia dah penghujung....sudah banyak perkara negetif diperkatakan dlm renuion ini....

Melainkan reunion itu sesama jantina......

catatan: masih ada sinar kebahgiaan...2017

Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!