Berkawan dengan bakal jutawan....

Sejak akhir akhir ini rasanya terlalu kerdil diri aku ini.Mana tidaknya ramai kalangan rakan aku yang bercerita dengan projek juta juta. Nak berkawan dengan orang macam ni segan juga rasanya. mana tidaknya kita ni hanya kaki tangan kerajaan...memang tak akan jadi juta jutanya kalau setakat gaji yang dibagi oleh gomen setiap bulan. Mana ada kakitangan kerajaan yang kayo setakat gaji yang ada???memang tak ada.Kecualilah ada biz sampingan disebaliknya...

En Yahya, kawan lama aku..dengar ceritanya tahun Jan 2018 nanti akan ' terjadilah' wangnya 1.7 juta ringgit.Wooooo hebat itu. Seandainya pelaburan dalam Monspace yg dimasuki 20 lot,menjadi kenyataan bila mscoinya diapungkan dipasaran dunia pada ketika itu....Hai jutawanlah kawan kau ni! Sebelum ini dah berbagai pelaburan En Yahya kongsikan dengan aku, tapi tak ada yang menjadi.Aku doakan agar En Yahya seorang bekas perisik tentera akan menjadi jutawan ketika itu...

En Yahya boleh dikatakan antara kawan agak rapat juga dengan aku. Banyak nosltagia aku bersamanya. Antaranya, dialah sorang sorangnya rakan yang hadir bagi menemani aku di mahkmah, kes saman kementerian pendidikan ketika dulu. Ketika itu  ramai rakan-rakan yang bertugas dengan kementerian pendidikan dah takut untuk berkawan dengan aku, kerana takut disyaki bersubahat dengan kes aku. Ramai yang membawa diri dari aku. Terasa terasing jugalah ketika itu. Stress pun ada kalau rakan rakan menjauhkan diri dari aku semata mata aku menyaman kerajaan Kementerian pendidikan bagi menegakkan kebenaran yag ada dalam diri aku.

Salahkah aku menyaman boss aku sendiri kalau aku diinayai??? bagi aku itu bukan kurang ajar namanya, tapi itu adalah kekuatan diri yang ada bagi menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.Bukan semua boss itu benar.Saya bukan pak angguk.Yes boss. Saya adalah cucu Mat Yit, orang terkenal di Bukit pekan Kampar sekitar tahun 60an.Atok aku dulu ulang alik ke Bukit Chandan berkawan dengan Almarhum DYMM  Sultan Perak Almarhum Sultan Idris Shah. Namun atok aku tidaklah kaya manapun.Diakhir hayatnya masih menumpang duduk ditanah orang! begitulah setianya berkawan dgn sultan tetapi tidak mahu ambil kesempatan untuk diri sendiri!

Dulu kawan aku Yahya ini ada biznes sendiri setetalh tamad dalam angkatan tentera.Ada pejabat sendiri, ada pekerja sendiri, malah ada kereta mez lagi...pernah keretanya mez dipinjam oleh syraikat drama melayu digunakan untuk shooting drama! Aku juga pernah menaiki Mez En Yahya,ketika zaman gawat ke Kuala Tranggnu semasa untuk pergi meminang. Pinangan aku ditolak,malah dicemuh...aduh!! adul sakit jiwa ketika itu...Tuhan aje yang tahu

Namun nasib En Yahya tak selalu cerah.Disangka cerah sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari! Bisniz kawan aku akhir jatuh merundum setetalh dia berkawin dengan syaffnya sendiri seorang Indonesia. dari saat itunyalah kehiduipan kawan aku itu terus merundum dan akhirnya tutup perniagaan. dapat anak lelaki dengan Indoneitu, akhirnya jodoh mereka tak panjang berpisah juga akhirnya. Kini kawan aku itu menghitung hari bagi mengejar impian jutawan awal tahun hadapan.Doakan semoga rezekinya dipermudahkan.

Berkawan dengan Datuk Mat, lain pulak ceritanya. Dianya kononnya banyak buat pelaburan sana sini.Ceritanya memang juta juta juga. Katanya dia berkawan dgn kerabat diraja Kelantan. Banyak projek meganya di negeri itu. Tapi yang menghairankanya datuk tu selalu sangat meminta wang dari saya dan rakan saya En Sofian.Sekejab kejab,minta duit nak buka akauanlah, nak pergi Labuan nak ambik duit pesisir pantailah,sekejab nak duit lagi nak pergi Hongkong uruskan projek duit nak masuk ke Malaysialah....Terpaksalah bagi juga duit pada datuk tu, walaupun hati ini antara percaya dengan tidak! Bagi punya bagi duit,hampir dekat rm 10k jugalah kami telah korban untuk datuk tu. Deangan harapan kononya kata datok itu, kalau projeknya boomm nanti dia nak bawak kami sekeluarga ke Mekah buat Umrah!!! Itulah yang kami bantu dia duit bila diminta....tapi entahlah, nak percaya pun tidak, nak kata tak percayapun tidak.

Terbaru bulan 20 Julai 2017 lalu, kami dijemput ke hotel di Kuala Lumpur.Datuk ada meeting akhir dengan orang orang berkaitan! Katanya ikut sama adalah kerabat diraja Kelantan.Dia minta RM400 dari kami untuk support belanja dihotel itu.Katanya duit akan keluar bila bila masa sahaja lagi. Kami pergi ke hotel, memang dia ada membawa kerabat diraja itu.memang betul ada. Datuk Mat meminta kami sediakan akaun bank CIMB dan serah padanya secepat mungkin. Kami buat apa yang Datuk tu hendak! Moga adalah duit masuk dalam acc itu nanti...kata Datok permulaaan dia nak bagi rm 30k seorang kedalam accc itu. Hai entahlah...kami terus juga menanti dan menanti! Moga alah aac CIMB itu nanti disiikan oleh Datuk itu nanti....

Terkini , semalam (29 Julai 17) sembang sembang di Bistro PWTC ada cerita jutawan juga.Seorang wanita kecil molek berasal dari Kelantan juga, tapi dah menetap di Kl sejak sekian lama. Wanita berusia 40an ini,berbicara tentang parti baru ditubuhkan, namanya  Parti Ekonomi Rakyat Malaysia.terkejut juga aku sebab selama ini dia salah seorang ahli UMNO di Cheras dan kenallah banyak orang di UMNO. Nama Datuk Rizalman Ketua Bahagian Bandar Tun Razak, ada disebutanya. Saya juga kenal datuk Rizalman...orangnya handsome...cemburu juga dihati kecil saya bila wanita genit tu menyebut nama datuk tu...Wanita itu juga ada menyatakan akan join parti baru itu, dan akan mengembangkan ke kalantan suatu masa nanti.....

Katanya parti baru ni memperjuangan nasib ushawan!Kebetulan dirinya usahawan,so rasanya kenalah dia sokong parti itu.Katanya setakat ini,ramai kalangan NGO Ikhlas turut join parti itu kerana Presiden pati baru itu adalah Pengerusi Ikhlas sendiri...so semua ahli Ikhlas menjadi ahli parti baru itu nanti.Presidennya ada irap irap muka mamak sedidik...bin ayahnya adalah Abdullah

Bila diteliti  matlamat dan objektif  parti bari itu, ternyata ianya adalah adik atau anak kepada BN juga. Cuma bezanya ianya lebih memperjuangkan nasib usahawan dalam berbagai segi serta menarik golongan pengundi atas pagar untuk menyokongnya!

 Terfikir juga kenapa nak tubuhkan parti baru dalam memperjuangkan ushawan! Apakah selama hari ni menteri dalam BN tak boleh buatkerja memajukan usahawan yang ada???Pelik -pelik negara ku Malaysia ni. Apakah ini trategi politik semata mata bagi menyalurkan punca kewangan untuk PRU 14 ini nanti...

Bila berbicara dengan orang yang berbicara dan bercakap projek berjuta juta ini,terasa kerdil dan hinanya bekerja dgn kerajaan yang gaji bulanan setakat cukup makan dan bayar hutang sahaja!!!nak dapat berjuta juta kerja khidmat 100 tahun pun belum dapat merasa  juta juta........Wallualam Bissawap


...biar gaji kocek asal berakah

Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!