Gelung Pepuyu suatu kenangan....

Hairan juga anak Perak tak pernah pergi ke Bota yang juga dalam negeri Perak Darulridwan!Itulah hakikatnya dalam hidup ini sebab mungkin terlalu sibuk atau memang tak mau lawat kawasan negeri sendiri...

Pada cuti semperna hari buruh 2017 lalu, selepas solat subuh, dengan Jeep Cherooke WER aku itu pun bergerak meninggalkan Kuala Lumpur. Pemergian rancangan ke Bota itu dirancang sebulan lalu, yang kebetulan ada kawan sekolah lama mengawinkan anaknya di Bota Kanan. Kawan itu, kawan baiklah kiranya masa sesama kenal di tingkatan enam di Teluk Intan tahun 1976!

Now kawan itu yang dulunya kerja di Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur mengawinkan anaknya di kgnya di Bota!Sebelum ini semua anaknya dikawinkan di Kuala Lumpur...tetapi setelah pencen awal, kawan itu mengawinkan anaknya pulak dikg kelahiranya....

Dulu semasa diasrama di Teluk Intan ramai kekawan dari seluruh Perak bersekolah yang sama! mana mana pelajar yang lepas SPM yang mendapat keputusan yang agak baik di tempatkan di Teluk Intan dalam aliran sains di tingkatan enam. Yang kurang baik keputusan SPMnya dihantar di SM Raja Chulan Ipoh dalam bidang sastra. Disitulah aku dapat ramai dari Bota seperti Kamal Baharin,Beleh dan yang pompuanya aku tak ingat namanya...manakala dari Kg Gajah seperti Aladdin Yaakop kini juga dah pencen awal sebelum ini di bahagian Biasiswa JPN Perak! Dari sebelah utara Perak nama nama sepeprti Roy, Joi dan Ajis masih terus kontack hingga sekarang...manakala Zulkifli Hamid dan Ringking memang sudah asalnya di sekolah yang sama, kerana mereka berdua ini mengambil SPM disekolah yang sama dan naik tingkatan enampun di sekolah yang sama...sebab itu berlagak lebih dari rakan rakan yang lain.....

Ada seorang itu senior waktu tu dalam aliran sastra bernama Hasbullah berasal dari Grik Perak! Dia ni dalam aliran sastra. Yang peliknya pelajar ini semua pelajar balik reraya ke kampung dan bercuti,dia ni tak balik! beraya diasrama bersama pelajar Sabah dan Sarawak yang tak balik berhari raya. Difahamkan, sebelum menyambut hari raya, keluarganya menghantar surat....lebih kurang begini isi suratnya..."raya tahun ini anakanda tak payahlah balik ke kampung kerana ayahanda tak ada duit nak bagi duit tambang..."sedih juga bila mengenangkan betapa susahnya untuk mencari duit waktu itu. Waktu itu belum ada lebuh raya Teluk Intan ke Grik....masih jalan berliku liku dan waktu itu komunis pun masih ada di daerah Grik itu...

Itu cerita Hasbullah...kini dia dah dapat gelaran Yang Berhormat dan ada title Datok lagi. Pernah ketemu semasa sama sama duduk di Mudzalifah di Tanah Suci 15 tahun lalu. Waktu itu saya kenal dia dan tegur dia.Saya tak tahupulak dia dah YB ketika itu. Saya ingatkan dia masih guru mengajar dimana mana di Perak. Rupa rupanya dah jadi YB Temenggor ketika itu...ramailah ahli jemaah yang kenal dia dan panggil dia 'Datok' Sejak itu saya tak pernah hubunginya lagi, kerana tak ada kepentingan dgnnya..sebab saya bukan orang politik.

Berbalik mengenai perjalanan ke Bota, saya difahamkan oleh rakan saya Kamal Hijaz (Pengurus Bas Maraliner) agar senang ikut exit lebuhraya Gopeng dan masuk ke Batu Gajah dan seterusnya ke Bandar Iskandar dan terus ke Bota!!Saya pun ikutlah,arahanya sebab saya tidak pernah ke Bota! Ikutlah arahanya....tiba di Tapah lebuhraya dah jem gila....menyesal juga ikut lebuhraya...celaka betul dalam hati aku....keluar exit Gopeng memakan masa  hampir 3 jam dari Tapah! pada hal bukan jauh sangatpun...kalau tak ada jem, 30 minit blh sampai ke Tol Exit Gopeng....

Pekan Batu Gajah saya ok aje sebab pernah beberapa kali kesitu. Tapi dari Batu Gajah ke Bandar Sri Iskandar saya memang tak pernah pergi lagi....tempuhilah bandar baru Sri Iskandar yang ada University Petronas kat bandar itu...situ juga jalannya jem juga...waktu dah hampir jam 1! Perut dah mula lapar nak sampai rumah orng kenduri, jauh juga lagi anggaran 32 km lagi ke Bota Kanan. panas juga rasa hati, jalan sudahlah kecil, jem pulakkkkk.....ambil keputusan ikut perangai marah ikut sebelah kiri.....rupa rupanya ada polis buat roadblok dihadapan!!!!nasib baik polis sedang angkat tanda tanda papan tanda habis operasi roadblok! Selamatlah Jeeep Cheerookee aku...kalau tidak dapat surat jemputan membayar samannnnnn

Dalam hati ini, rajin pulak polis Sri Iskandar ni buat kerja,tengah hari rembangpun nak buat road blok....yang peliknya jgnlah buat hari cuti....

Teruskan perjalanan kenuju arah Bota dari bandar Sri Iskandar....memang melalui kampung Melayu...jumpa Titi Gantung dan ramai penjual jagung ditepi bahu jalan...baru teringat tempat Titi Gantung ni adalah pusat latihan pertanian. Ada kawan sekampung namnya Joi dulu kursus kat sini...tapi umurnya tak panjang...dia pergi dahulu ketemu Ilahi berbanding dengan rakan rakan lain akibat kemalangan jalan raya.Difahamkan semua ahli keluarganya meninggal dalam kejadian itu. Al Fatihah untuk arwah Zulkifli

Mencarilah alamat rumah pengantin di Gelung Pepuyu Bota Kanan. Masuklah ada signboar Gelung Pepuyu. Ada khemah orang kawin,singgah...tapi bukan rumah Kamal Baharin....tempat dah betul dah Gelung Pepuyu.....gerak ke rumah yang ada khemah kawin...bukan juga! dan lastly kena call Kamal Baharin sendiri....call tak dapat...sibuk agaknya kerana waktu tu dah hampir jam dua ptg

Hantar massage dan whatsap...adu masalah mencari rumah yang ditujui di Gelung Pepuyu...anak anak aku dah mencuka sebab letih dan menahan cuaca panas tengah hari....akhir Kamal Bahrin call....lega....rupa rupanya rumahnya ditaman sebelah, tapi masih dalam Gelung Pepuyu juga.....menurutnya hari itu ada 5 buah rumah membuat kenduri kawin.....

Pergilah ikut arahanya...jumpa lah tempatnya...rupa rupa kawasan rumah golongan berada!yang kami pergi tempat kawin yang tersesat itu, kawasan perumahan awam biasa....oooo dah kayo kawan saya ni bisik hati kecil saya. Rupa rupanya setelah pencen dia membina rumah banglo baru di kgnya...tapi rumahnya di Sg Buluh Selangor masih ada. Katanya banglo ni utuk rehat rehat bila jemu duduk di KL!!!!wow hebat kawan kita ni

Diringkaskan cerita,dimajlis itu dapatlah kami bertemu semula dengan kawan seasrama dulu. Jumpalah Nazri budak kg Ac dari Langkap Perak.Dulu nama panggilanya Tupei! Dah beruban dah. Jumpa juga Aladin Yaakuop,dulu kecil kurus, la ni dah montel XXL! Bila ditanya camna boleh jadi camni badan???katanya bininya masak sedap....bini dia senyum aje disebelahnya.... Jumpa juga Kamal Hijaz dari Kl(tokeh bas Maraliner) dengan familynya, bininya orang Sabah, baru ada cucu sorang katanya....bersembanglah kami berdekah dekah,cerita kisah lama.....

Ketika balik saya difaham lebih dekat ikut Lumut dan Tanjung karang dan terus ke KL. Rupa rupanaya Bota itu adalah sempadan Manjung aje! memang dekatlah ikut Lumut hanya 20km sahaja....yang aku ikut Gopeng itu,memang jauh sebenar...bila aku ajukan soalan kenapa dia bagi arahan ikut jalan jauh dari Gopeng? Dengan selamba aje katanya itu ikut jalan bas Maraliner.....


Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!