Dunia dah terbalik....
Semalam cuti wesak,teringat pulak hendak ke Tanjung Karang Selangor untuk ketemu rakan lama yang sama sama buat marketing ZAGSTON OIL suatu masa dulu.Rakan ini berasal dari Batu Pahat Johor tetapi berkawin dengan anak Selangor di Tanjung Karang dan mennetap di Tanjung Karang setelah duduk ditanah emak mentuanya!
Jam 2.30 pm bertolak dari Kuala Lumpur bersama cikgu Mat dengan Jeep Cherookee saya tu. Memang mengajak cikgu Mat untuk buat teman bersembang dari KL ke Tanjung Karang. Lagipun cikgu Mat ni masih bujang terang tang tang walaupun usia dah menjangkau 60 tahun!Bila ditanya kenapa tak kawin kawin, alasannya dizaman mudanya difrust oleh seseorang yang dicintainya...sehingga kini dia tak berhasrat nak menjejak kaki ke alam perkahwinan.....pelik!
Cikgu Mat ini dulunya sebenarnaya rakan semasa belajar di maktab perguruan Jalan Raja Muda Kuala Lumpur sekitar tahun 80an...Dari situ perkenalan saya dengannya. Kemudian setelah hampir 35 tahun menjalankan tugas masing masing,lebih kurang baru 3 tahun akhir ahkir ini baru dapat bertemu kembali.Itupun secara kebetulan sahaja dia mengajar di Kota Damansara dan kebetulan juga ada anak saya bersekolah disitu....itulah asalnya persahabatan kami bertaut kembali.
Dari Kl saya sengaja keluar tol Sungai Buluh dan terus ke Raman Putra untuk ke Lebuhraya LATAR ikut kampung Melayu Kundang...agak berbelit juga jalannya. Jalan itu sengaja saya bawa cikgu Mat mengintai keindahan Tasik Biru Kampung Kundang yang suatu ketika dahulu menjadi kegilaan DS Anuar Ibrahim bermain jet ski disitu. Tapi sekarang tasik itu nampak lebih terjaga dan nampak lebih ceria berbanding tahun yang sebbelumnya....Ramai yang memancing dan bertirehat ditepi tasik peninggalan lombong air pancut dahulu kala. Banyak juga kedai makan ditepi tasik itu....namun masalahnya tempat letak kereta terlalu sedikit...
Setelah naik lebuhraya LATAR dari Kundang kami terus memecut sehingga penghujung tol LATAR exit IJIOK! Kalau ikutkan papan tanda nya ianya akan ke Tanjung Karang dan LUMUT tetapi kenapa setakat IJiok sahaja, juga menjadi 'tanda tanya' saya dengan cikgu Mat. Mungkin kerana itu strategi politik BN dan PKR! Yang memerintah negari itu PKR sebuah parti pembangkang manakala ahli parlimen kawasan Tanjung Karang di pegang oleh BN! mungkin itulah sebabnya kenapa lebuhraya itu tersekat disitu sahaja walaupun telah beberapa tahun ianya macam tidak berkesudahan....
Sebelum berjumpa Hashim di Tanjung Karang saya singgah di pasar ikan segar di Pasir Penambang Kuala Selangor.Pasar itu menjual hasil ikan laut yang segar dan popular di Selangor. Ikan ikan laut dari Kuala Selangor kebanyakan dijual oleh pihak peraih dipasar itu. Majoriti pembelinya adalah orang Melayu!Manakala penjualnya boleh dikatakan seratus peratus berbangsa China!!!
Saya lihat memang ikanya segar segar belaka. Hargapun lebih tinggi dari pasar Chow Kit !!!maklum ikan segar...kalau di Chow Kit ikan kembung yang sama saiz rm13 sekilo di Pasir Penambang rm18!Cencaru rm 12...Saya tertarik untuk membeli kerang. Harganya rm10 sekilo! saiznya agak sederhana dan memang segar. Saya belilah 2 kg untuk dibawak balik nanti.
Bila terkenang kerang ini,zaman saya kanak kanak dulu kerang ni hanya 25sen sekilo! Kalau pergi ke kedai pak Hassan (Kg AC Bukit Pekan) kerang ni berminggu minggu terdedah dikedainya tak habis habis atau dengan lain perkataan tak laku..hingga dikerumi oleh tabuan sebagai makannaya....
Itulah nilai duit negara kita sekarang...terlalu rendah berbanding dizaman 60an dulu. Ini menandakan nilai 25sen dulu setanding dengan rm10 dizaman ini...Teringat juga tentang lauk kerang ini,zaman saya kanak kanak dulu hanya sesuai dimakan oleh orang orang susah sahaja! Teringat saya dengan arwah opah Uda (sedara sebelah emak saya)bila hari raya sahaja,kerang itu dimasak lemak campur daun kunyit dan dimasak sehingga kuahnya agak kering....cicahlah dengan lemang
Memang waktu itu saya memang tak suka langsung berhar raya kerumah Opak Uda, sebab lauknya tak sedap!bagi aku ketika itu..lauk kerang! Saya suka pergi rumah ayah Ngah ( Pak Ibrahim/ Bapa saudara) dia ni orang berada dan lauknya "ayam" dan daging! Waktu dan ketika itu, kalau ada lauk ayam dan daging kira orang senanglah...waktu itu nak merasa daging ayam dan daging hanya waktu raya atau orang kawin sahaja! Selain dari hari hari itu usah mimpilah nak makan ayam!!! ayam makanan orang senang....kerang dan ikan lauk orang miskin
Tetapi bila dikenangkan kembali ternyata dunia ini macam sudah terbalik. Kerang dan ikan menjadi makanan orang kaya di zaman ini, manakala 'ayam' sudah menjadi makanan orang miskin!!!!!Pelik dunia ni sebacam dah terbalikkkkkkk
Teringin pulak nak makan rendang kerang...macam dibuat oleh arwah opah Uda suatu ketika duluuuuuuu
may 2017

Comments
Post a Comment