Posts

Showing posts from August, 2016

Jasa mu dikenang....

Hari ini Isnin 29 Ogos 2016. Dalam group whatsapp, hari ini adalah hari untuk meraikan pengarah yang akan bertukar ke Baahgian Nazir di Putrajaya mulai 1 Sep 2016. Untuk memberi kejutan hari meraikan perpisahan itu, pengarah sendiri tidak dimaklumkan ada majlis khas untuknya. Ini adalah cadangan cari beberapa kawan yang dipersetujui oleh timbalan pengarah untuk majlis ini. Tepat jam 12pm, semua pelajar dan staff MPIK telah berkumpul di Dewan Datok Razali, bagi majlis perpisahan itu. Dewan dah penuh dengan pelajar dan staff. menanti kedatangan pengarah yang diraikan....lebih kurang jam 12,15 puan pengarah datang diiringi oleh timbalannya yang juga seorang wanita sepertinya... Iringan masuk kedewan disambut pula oleh pelajar pelajar yang sedia menanti dipintu dewabn besar sehinggalah penagarah dan tetamu sekalian duduk. Majlis ambutan agak biasa biasa sahaja. Tidaklah macam meraikan orang pencen! Meraikan org pencen lagi meriah.... ah biasalah orang bertukar tugas ketempat lain..buat...

25 tahun di IPGIK hingga pencen tak dapat Anegerah Cemerlang?

Saya berpindah dari MPIk Bangi ke MPIK tahun 1990an. Kini sudah tahun 2016.Berapa tahun saya disini???kiralah sendiri. Sudah tentu agak lama. Pada zaman itu sehingga hari ini adalah tinggal 4 dan 5 orang sahaja orang lama yang masih kekal di MIPIK. Maksudnya dah ramai yang pencen sejak saya berkhidmat di MPIK atau bertugas ditempat lain. Telah berlalu 14 orang pengarah bertukar ganti. Tapi saya dan beberapa orang teman lain masih kekal di MPIK. Begitulah lamanya bertugas di MPIK. Namun apakah khidmat yang begitu lam mustahillah tiada apa apa jasa yang telah kami curahkan selama ini??? Kasihan juga bila seorang rakan saya yang akan pencen dalam beberapa hari lagi ini,menyuarakan hasrat hatinya yang agak kecewa kerana tidak pernah menerima apa apa APC yang diadakan setiap tahun. APC adalah anugerah Perkhidmatan cemerlang yang diadakan setiap tahun biasanya pada bulan Jun. Ketika ini,mereka yang dianggap cemerlang diberi anugerah sijil dan wang  dalam bentuk sijil Simpanan Premium...

PERHEBAT mengabehkan boras saje........

Setahun bergaul dan bekerja di PERHEBAT banyak pengalaman yang dapat ditimba. Nyata sekali perbadanan yang melatih bakal tentarea ayang akan berasara itu tidaklah " se gah"nama! Malah sesiapa yang pernah bekerja dan berkecimpung dalam pentadbiran PERHEBAT sangat memalukan. Kerajaan telah mengujudkan tempat itu untuk melatih bakal pesara tentera boleh berdirikari denganmasyarakat bila mereka keluar dari alam unit uniform! tapi apa yang saya lalui dan lihat ianya tidak menepati hasrat kerajaan itu. Proses kursusnya masih banyak yang boleh dipertikaikan dan ada juga kong tali kong sesama orang atasa dalam PERHEBAT itu sendiri. Seminggu sebelum saya melaporkan diri sebagai pengajar fotografi, pihak PERHEBAT di Sg Buloh telah mengadakan hari terbukanya dimana Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir telah datang merasmi dan menyaksikan pamiran yang diadakan oleh pihak PERHEBAT. Antara yang menanriknya dibahagian fotografi ada sebuah mesin cetak gambar NARISHU (kalau tak sila...

Rezeki Tuhan yang tentukan....

Semasa saya menghantar surat untuk cuti tanpa gaji selama setahun kepada boss saya, boss saya macam tak percaya sahaja tindakan itu.Maklumlah waktu tu gaji saya tak banyak mana,manakala anak ramai...sedangkan istri masih belajar di UPM! "Nak buat apa ambik cuti panjang sampai setahun?" tanya boss sya yang ragi ragu brangkali. "Buatlah apa apa kerja yang patut, asalkan jiwa saya tidak diganggu oleh pihak yang berkaitan" jelas saya tegas. Setelah dua hari bercuti dari Kementerian Pendidikan, seoarang rakan lama yang sama sama tinggal di kuaters MPI sebelum ini datang berjumpa saya. "Tempat aku nak pakai guru fotografi, interview kena datang esuk pagi" Katanya kepada saya disuatu petang di Kuala Lumpur. Saya yang ketika itu ibarat orang mengantuk disorongkan batal, amat berbangga dengan khabar berita dari kawan lama itu. Sebenenarnya bidang fotografi memang bidang saya. Semasa menunutu di USM dalam kurusus RSTP memang itulah bidang yang amat saya min...

Kes Mahkamah berjalan.....

Setelah borang perhononan cuti tanpa gaji dihantar kepada kepada boss dan saya pun mengosongkanlah bilik saya seadanya.Seolah olah memang tak mahu mahu lagi diganggu oleh pihak atasan saya terhadap saya. Gangguan psikologi dihantar bertujuan menghancurkan karier saya....ah persetan dengan mereka..apa yang penting kes dah difailkan! Tunggulah disana nanti kita tahu siapa betul atau siapa salahhhh Hari pertama kes perbicaraan dijalankan,saya lihat bekas pengarah BPG yang sudah pencen,orang kena saman En Razak dan beberapa pegawai Kementerian Pendidikan turut ada bersama Peguam Kerajaan yang mewakili orang kena saman... Saya hanya datang bersama seorang teman rapat bekas tentera bernama En Yahya. Saya rasa kawan kawan lain memang saya tak bagi tahu hal ini. Cuma dengan En yahya yang agak free ketika itu yang saya jemput bersama.EN Yahya ni orang Melaka tapi mennetap di Wangsa Maju Kl. Waktu tu hebat biznes sendiri. Mempunyai 3 orang isteri! Hebat mu Pak Ya!!!!! Yang peliknya, saya l...

Mahkamah juga akhirnya......

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Sederhana dalam segala segi. Emak bapak saya melarang sekali bercakap bohong.Dari kecil itulah yang ditekan sangat oleh emak bapa saya dari kecil hinggalah dewasa. Setelah bekerja sebagai guru selama 5 tahun dan beralih tugas sebagai pensyarah di maktab dibeberapa buah maktab perguruan, akhirnya saya tertekan dengan boss saya( dari catatan lepas) dan berakhir dengan tekat dan azam membawa kes itu ke mahkamah. Sebelum kes itu di failkan di mahkamah,ramai rakan sejawat yang menasihatkan saya jangan membuat kerja yang sia sia dan membuang masa! Mereka  berangapan orang atas tidak boleh dicabar dimahkamah! Malah ramai juga kawan yang rapat selama ini telah mulai renggang bila saya menyatakan cadangan akan membawa kes ini ke mahkamah demi keadilan diri saya.Disinilah saya sedar bahawa tidak semua kawan boleh dibawa berkawan bila kita didalam kesusahan.... Kebetulan juga saya mempunyai seorang rakan berbangsa India semasa bertugas di s...

Berani kerana benar.....

Berani kerana benar! Apa nak takut kalau yang kita lakukan itu benar dan tidak menyalahi  undang undang negara! Inilah  salah satu yang berlaku didalam karya hidup saya sebagai orang guru. Mana tidaknya kita kerja baik baik, buat kerja baik baik ,kawan baik baik tiba tiba dapat arahan hendak ditukarkan dengan tujuan menyusahkan diri saya dan keluarga! Alasanya prestasi saya menurun dan ada unsur unsur menghasut kekawan sejawatan. Hati mana yang tak remuk...memikirkan  bini masih belajar tanpa gaji manakala anak anak dah seronok bersekolah bersama kawan kawan mereka di Bandar Baru Bangi....Manakala saya duduk dikuaters yang sewanya amat rendah ketika itu Ah pening kepala memikirkan arahan boss itu. Saya memang  tidak setuju seratus peratus.Saya berdepanya dipejabatnya untuk mengetahui punca sebenar.Boss dgn muka selamba sahaja, dia tak mau terima saya lagi bekerja dibawahnya...... Apa yang dapat saya simpulkan boss itu dapat maklumat tidak betul mengenai diri sa...

Usia muda hebat bersemangat bekerja.....

Terinagt masa pertama kali mengajar di sekolah di Felda Trolak sekitar tahun 1980an.Waktu dan ketika itu harga kelapa sawit tengah hebat. Tengah melambung. Ketika itu para peneroka hidup mewah.Peneroka hidup mewah...sudah ada pakai Volvo 240! Gaji guru tak mampu nak pakai kereta yang dianggap mewah ketika itu. Zaman itu loan kereta hanya dapat pada guru besar sahaja.Ini telah ditetatpkan dalam pekeliling. Guru besar Sk Trolak selatan waktu itu seorang guru senior namanya Saidin Makmor, Orang lama dan orang kuat UMNO di Slim River. Mula masuk kelas mengajar waktu itu baru usia 19 dan 20an. Terlalu muda. Masih tersenyum senyum dalam hati bila pertama kali masuk kelas ketua kelas memberi arahan "bangun,,,,,selamat pagi cikgu..." hah haaah...malu pun ada, bangga pun ada bila dipanggil cikgu! Cikgu muda, baru keluar maktab. Guru besar bagi kelas tercurut! Kelas D ketika itu....suasa kelas amat menyuramkan....muka budak budak anak peneroka langsung tak ada mod belajar! kelas D la...