SK Trolak Selatan mulai alam guru aku
Walaupun saya orang Perak tapi saya tak tau dimana letaknya Trolak Selatan! Bila dapat surat penempatan mengajar dari Kementerian Pelajaran setelah tamat pengajian dari maktab perguruan tahun 1980an aku ditempatkan di sekolah tersebut. Pelik juga nama tempat tu...pada hal bukan jauh dari kampung aku di Jeram Mengkuang Bidor lebih kurang 60 km sahaja! Pada hari Ahad sebelum mendaftarkan diri pada hari Isnin keesukannya, aku mengajak abang ipar aku (abang Kodin...sudah alahyarham dah) dengan scooter Vespanya, kami pun merondalah ke Trolak selatan! Barulah aku tau sekolah itu adalah sekolah Felda.Patutlah jauh kedalam dari jalanraya besar antara Sungkai dan Slim River. Dari Jalanraya besar lebih kurang 8 km. Jalanraya ada , jalan bertar. Jalan keliling kiri kanan penuh dgn pohon sawit yg sedang berbuah. Sekali sekali berseliseh dgn lori bawa sawit.. Rupa rupanya dalam ladang sawit itu ada penempatan peneroka. Atas bukit ada rumah staff Felda. Ada sebuah Masjid dipuncak bukit bersebe...