Posts

Showing posts from May, 2017

Dunia dah terbalik....

Semalam cuti wesak,teringat pulak hendak ke Tanjung Karang Selangor untuk ketemu rakan lama yang sama sama buat marketing ZAGSTON OIL suatu masa dulu.Rakan ini berasal dari Batu Pahat Johor tetapi berkawin dengan anak Selangor di Tanjung Karang dan mennetap di Tanjung Karang setelah duduk ditanah emak mentuanya! Jam 2.30 pm bertolak dari Kuala Lumpur bersama cikgu Mat dengan Jeep Cherookee saya tu. Memang mengajak cikgu Mat untuk buat teman bersembang dari KL ke Tanjung Karang. Lagipun cikgu Mat ni masih bujang terang tang tang walaupun usia dah menjangkau 60 tahun!Bila ditanya kenapa tak kawin kawin, alasannya dizaman mudanya difrust oleh seseorang yang dicintainya...sehingga kini dia tak berhasrat nak menjejak kaki ke alam perkahwinan.....pelik! Cikgu Mat ini dulunya sebenarnaya rakan semasa belajar di maktab perguruan Jalan Raja Muda Kuala Lumpur sekitar tahun 80an...Dari situ perkenalan saya dengannya. Kemudian setelah hampir 35 tahun menjalankan tugas masing masing,lebih kuran...

Gelung Pepuyu suatu kenangan....

Hairan juga anak Perak tak pernah pergi ke Bota yang juga dalam negeri Perak Darulridwan!Itulah hakikatnya dalam hidup ini sebab mungkin terlalu sibuk atau memang tak mau lawat kawasan negeri sendiri... Pada cuti semperna hari buruh 2017 lalu, selepas solat subuh, dengan Jeep Cherooke WER aku itu pun bergerak meninggalkan Kuala Lumpur. Pemergian rancangan ke Bota itu dirancang sebulan lalu, yang kebetulan ada kawan sekolah lama mengawinkan anaknya di Bota Kanan. Kawan itu, kawan baiklah kiranya masa sesama kenal di tingkatan enam di Teluk Intan tahun 1976! Now kawan itu yang dulunya kerja di Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur mengawinkan anaknya di kgnya di Bota!Sebelum ini semua anaknya dikawinkan di Kuala Lumpur...tetapi setelah pencen awal, kawan itu mengawinkan anaknya pulak dikg kelahiranya.... Dulu semasa diasrama di Teluk Intan ramai kekawan dari seluruh Perak bersekolah yang sama! mana mana pelajar yang lepas SPM yang mendapat keputusan yang agak baik di tempatkan di Teluk...