Apa ada pada cinta?

Dah lama tak jumpa.Sejak tamat STPM dan keluas dari asrama, baru sekarang dapat ketemu.Dah hampir 30 tahun berlalu.Masing masing bawa diri masing masing.Nama sahaja duduk di Kl, tapi jarang berjumpa.Masing masing dengan urusan sendiri.Kerja kerajaan,,gitulah..sibuk memanjang.

"aku rasa bangga,dapat kawan macam kau dah dapat taraf Prof" kata aku pada rakan lama yang sama sama dari sekolah kampung di perak sekitar tahuan 80an dulu!
"Kamu memang rajin, dari dulu hingga sekarang, tidak macam aku, rajin masa sekolah sahaja, lepas sekolah, aku terus macam ini" kata aku pada Bakri.

Bakri kini dah dapat taraf apa yang diimpikan semasa sama sama  bersaing study disarama ketiak dulu.Kalau nak diikutkan prestasi pelajaran aku dgn Bakri tak jauh bezanya.Kalau dalam exam tingakatn lima, biasanya aku melebihi Bakri! tapi itu kenyataan. kalau aku dapt markah 89 yang diberi oleh Cikgu Maziah, Bakri akan cari jalan agar markahnya boleh menyangi aku. Dia cari jalan dimana mana kertas subjektif nya untuk mempengaruhi Cikgu Maziah. Yang peliknya Cikgu Maziah akan beri markah juga pada Bakri dua tiga markah! Ahhhh gitulah rakan aku Bakri masa diwaktu persekoklahan dulu....

Tapi itu...30 tahun dulu. sekarang dia adalah rakan aku yang dianggap berjaya dalam bidang akademik.Walaupun bapanya hanya orang kampung biasa,penoreh getah macam keluarga aku juga..tapi semangatnya untuk berjaya amat membanggakan aku.

dia masuk universitpun bukan terus dari tingkatan enam.dia bekerja setelah gagal masuk universiti selepas tingakatn enam.Tapi ushanya direuskan semasa didalam alam pekerjaan...dan dari situ dia melangkah demi langkah sehingga ketaraf Prof di UPM Selangor.

"Hang ingat budaj kampung hang yang lawa tu namanya Julia tu, sekarang dimana ya?" tanya aku untuk memancing Bakri tentang cerita dizaman persekolahan dulu.
"Entahlah...aku pun tak tau! Lepas sekolah, aku tinggalkan kampung dan aku tak tau dimana dia"
"Hai..takan budak secantik itu..kau tinggalkan begitu aje" sambung aku untuk dapatkan kepatian.
"Kita anak penoreh getah,mana setaraf dengan keluarga Julia..yang pada waktu itu hanya anak seorang bidan kerajaan..tetapi aku rasa amat malu untuk menguratnya! Jawap bakri selamba.
"Memang betul" sambung aku.Kita anak penoreh gerah,terasa benar hinanya kalau nak mengurat anak orang yang bekerja bergaji tetap walaupun hanya seorang PEON.

Julia seorang gadis yang umurnya hanya setahun muda dari waktu usia kami waktu itu. Tapi sebut sahaja nama Julia,satu sekolah SM Bidor kenal gadis kecil molek itu. Budaknya memang lawa.Muka bersih,hidung mancung,pakaian sentias kemas...soa boleh dikatan ramai yang tergila gilakan Julia...ini termasuklah kawan aku ini!

"Agak agaknya siaplah yang beruntung memilki Julia yang come lontei tu" pancing aku lagiii
"Dah jadi Opah agaknya si Julia tu" sambung Bakri sambil kami ketawa berdekah dekah ketika minum dikedai mamak sekitar sg Besi

"Memanglah waktu itu,hati kita ingin mencitai gadis itu...tapi darjat kita tak sama,takut untuk menyatkan persaan hati..so terpendamlah dan memendam rasa sahajalah kita...ibarat cinta dalam diam...so melepaslah kita dengan Julia itu" cerita Bakri lagi. Aku tersenyum mendengar keluhan seorang kawan yang bergelar Prof itu.
"Engkau pulak kawin dengan siapa?"soal Bakri pada aku.
"Aku kawin dengan kawan sekolah tempat aku diposting pertama kali mengajar di Felda Trolak dulu" Balas aku. Aku tak sempat bercinta dgnya.Jumpa aje..dan kebetulan aku dapat duit areas..aku terus denganya.Cerita aku ringkas.
"Hebat juga kau ya" sambung Bakri.
Kami terus berborak tentang masa persekolah kami,yang masih segar dalam ingatan.Bagi kami cinta diwaktu sekolah tidak akan pergi kemana. Biarlah cinta itu berputik dan berkembang setelah sama sama diijab kabulkan !

Comments

Popular posts from this blog

2017...Zaman meleset IPG

Guru tak ada yang kaya!