Cucu Tok Yit Bukit Pekan
Saya masih teringat lagi tentang pesanan ibu saya semasa saya masih di dalam alam persekolahan, mahukan aku menjadi seorang guru.Kebetulan juga nama aku sama dengan guru besar di sekolah tempat aku dilahirkan di Bukit Pekan Kampar Perak sekitar tahuan 60an....
Aku masuk belajar darjah satu,rasanya tidak macam zaman sekarang...murid la ni dah kenal apa itu ABC dan kira mengir, sebab sudah ada Tadika dan sebagainya....Zaman aku tak ada itu semua...masuk sekolah barulah mula kenal semua itu...hai bertuah betul anak ana k zaman Merdeka iniii...
Yang masih ingat, aku kesekolah hanya berjalan kaki dengan rakan rakan jiran sekampung aku dan juga sepupu aku yang usianya lebih setahun lebih tua dari akuu....jalan kaki dari rumah aku ke sekolah dalam jarak 3 km jauhnya....waktu pagi pagi tak apa lagi sebab tak panas, tapi kalau waktu baliknya... alamat panasnya...
Tapi selalunya aku dan beberapa orang kawan lain tak ikut jalan raya biasa (jalan rasa pun kecil aje) kami ikut jalan short cut, ikut kebun getah tua dan ikut jalan dianatara rumah rumah kampung...kadangkala seram juga bila menempuh rumah kampung yang tidak perpenghuni lama...rumah lama yang ditinggalkan(samada tuannya berpindah ketempat lain atau telah meninggal dunia)...takut juga kalau kalau ada hantu....biasanya bila menempuh rumah macam itu, aku dan sepupu aku akan jalan cepat cepat sikit...takut....cerita hantu ini bukan disebabkan pengaruh TV,kerana TV waktu tak ujud kagi,tapi pengaruh dari cerita cerita mulut yang diperdengarkan oleh abang dan kakak kaka aku waktu itu!
Kata emak, jagi cikgu bagus! Banyak duit dan kerja senang... tidak macam emak dan ayah hanya penoreh getah! Jangan jagi macam aku ni...kata emak, susah nak dapat sesuap nasi...pagi pagi dah turun untuk menoreh getah...getah pulak zaman itu hanya 30 sen sekati (la ni dah pakai kilogram) Dalam sehari dapat 10 kati,setelah dibuat getah keping! Kalau buat getah buku harganya sudah jatuh separuh harga...Kedai getah Pak Hassan adalah pembeli tunggal dikawasan kampung aku.Semua orang kenal Pak Hassan. Pembeli getah dan sebelahnya ada kedai runcit. Kedai runcitnya jugalah tempat ibu aku membeli barangan dapur harian yang ditulis dalam buku kecil 555! Hujung bulan atau waktu jual getah nanti Pak Hassan akan potong duit getah untuk membayar dalam buku hutang 555 itu...
Aku masih ingat walaupun getah 30 sekati... tetapi harga barangan tidak melambung macam zaman ini. Waktu itu nak beli gula baru 25sen sekatiu, minyak tanah satu tin 25kg sekarang baru 1.25 sen....belanja 10 sehari ke sekolah sudah mencukpui...5 sen untuk satu bungkus nasi lemak dan 5 sen untuk minuman...
Kadangkala kesekolah tak ada belanja pun ibu beri..hanya bawa bekalan dari rumah...waktu itu malu juga rasanya bawa bekalan dari rumah... macam miskin sangat bilakawan kawan lain waktu rehat pergi ke kantin, aku yg membuka makanan yg dibekalkan oleh ibu...
Ibu kata, jadi cikgu bagus...memamng ibu bangga sangat dengan kerja cikgu....waktu itu Cikgu Majid ada motosikal...seluruh kampung tahu bunyi motosikal cikgu majid! Cikgu Hanafiah juga aga motosikal honda...
malah yang ada kereta hanya cikgu Zamri sebab dia guru besar diwaktu itu...
"Emak mau kamu jagi cikgu" itulah pesan ibu pada aku...
"Kena rajin belajar, nanti boleh jagi cikgu" masih teringat kata kata itu sehingga hari ni
Walaupun ibu aku sudah lama kergi menemui Ilahi, namun aku bangga mempunyai ibu yang memberi perangsang sehingga aku besar menjagi guru sehingga hari ini.
Walapun gaji guru tidak sehebat mana sebagaimana yag diwar warkan oleh ibu aku..namun aku bangga dapat mendidik anak bangsa dibumi yang beruah ini......
bersambung lagiii

Comments
Post a Comment