Kes Mahkamah berjalan.....

Setelah borang perhononan cuti tanpa gaji dihantar kepada kepada boss dan saya pun mengosongkanlah bilik saya seadanya.Seolah olah memang tak mahu mahu lagi diganggu oleh pihak atasan saya terhadap saya. Gangguan psikologi dihantar bertujuan menghancurkan karier saya....ah persetan dengan mereka..apa yang penting kes dah difailkan! Tunggulah disana nanti kita tahu siapa betul atau siapa salahhhh

Hari pertama kes perbicaraan dijalankan,saya lihat bekas pengarah BPG yang sudah pencen,orang kena saman En Razak dan beberapa pegawai Kementerian Pendidikan turut ada bersama Peguam Kerajaan yang mewakili orang kena saman...

Saya hanya datang bersama seorang teman rapat bekas tentera bernama En Yahya. Saya rasa kawan kawan lain memang saya tak bagi tahu hal ini. Cuma dengan En yahya yang agak free ketika itu yang saya jemput bersama.EN Yahya ni orang Melaka tapi mennetap di Wangsa Maju Kl. Waktu tu hebat biznes sendiri. Mempunyai 3 orang isteri! Hebat mu Pak Ya!!!!!

Yang peliknya, saya langsung ditegur langsung oleh pegawai pegawai dari BPG semasa berada didalam bilik mahkamah.Apakah mereka ini benci melihat saya atau mereka malu dengan saya...itu terpulanglah pada niat mereka. Sepatutnya mereka harus propesional dalam hal ini.Bukan membuat perangai macam budak budak. Tak ada salahnya menghulurkan tangan kepada saya.....

masih ingat lagi saya pada ketika orang kena saman En Razak semasa disoal oleh peguam saya dari kandang salah...

"Awak tahu tak makna Rahsia Sulit kerajaan?"
Deangan bangganya En Razak menerangkan sesuatu maksud yang dikehendaki oleh penguam saya
"Saya seorang pakar bahasa...so sudah tentu saya faham makna Rahsia Sulit Kerajaan"
"Apa yang awak katakan itu betul dari segi bahasa biasa sahaja En Razak! tetapi dari segi undang undang apa yang awak perkatakan itu langsung tak boleh pakai..."balas Peguam saya.

Saya lihat muka En Razak merah menyala, bila peguam saya berkata begitu.Mungkin dia terlalu marah atau terlalu malu dipermainkan segitu di kandang salah.

Banyaklah benda-benda kecil yng ditanya oleh peguam saya En Razak menjawap secara merapu begitu saha.Antara yang saya masih ingat soalanya bilakah mulanya bilik En Razak menggunakan sistem kad eletronik apabila hendak membuka pintu!Boleh tak En Razak kemukan resit tender yang berjaya memasang sistem itu dan lain lain....

Setelah En Razak disoal,kemudian Puan Hasiah Omar juga telah dipanggil masuk kekandang salah untuk disoal sebagai saksi utama kes itu

"Berapa tahun Puan Hasiah bekerja dibawah boss puan  En Razak?
"Adalah lebih kurang 10 tahun.."balas Puan Hasiah
"Seamasa perbualan En Razak dan anakguam saya En Zamri, apakah Puan Hasiah ada mencatat sesuatu dari perbualan mereka?"
"Tak ada"jawapnya ringkas
"Habis selama ini tugas Puan Hasiah hanya dengar sahaja?"
Puan Hasiah terdiam......

Ahhh...memang kedua kedua pengawai itu dah diperkenakan oleh peguam saya. Saya hanya mendengar dari tempat duduk biasa mendengar kes itu berjalan.

Dari pengamatan saya memang menyakinkan kes ini menyebelahi diri saya. Namun kes ni berlangsung agak lama juga memmakkan masa hampir lapan bulan baru selelsai.

Masuk mahmkah dua tiga kali bicara dan tangguh dan sebagainya.

Dan ketika saya berada di Batu Pahat kerana menghadiri satu temuduga rakan karib saya dengan SPP,saya mendapat panggilan dari Rajaguru mengatakan kes telah selelsai.Saya menang kes.

Malam itu, sayalah orang yang paling bahgia kerana terlepas dari tuduhan liar pihak atasan saya. Hotel malam itu dimana saya menginap adalah saksi kebahgiaaan saya.....

Keesukan harinya kes itu keluar dalam berita THE STAR antara tajuknya Pegawai Kerajaan Menang Kes Saman

Satu Malaysia tahu tentang cerita saya ini.Malang ketika kes ini dibacakan En Razak telah pun pencen terlebih dahulu...kalau tidak habislah jawatanya kerana denda yang dia kena bayar kepada peguam saya melelbihi sebulan gajinya.....

Setahun kemudian peguam saya Rajaguru menalifon saya untuk datang kepejabatnya untuk mengambil perjanjian 50-50!!!!!!!

Bagaimanpun hati saya lega dan seminggu selepas itu saya datang ke bilik pengetua MPIK untuk melaporkan diri untuk bertugas semula setelah setahun meninggalkan alam pekerjaan di tempat itu.........


.....kes selelsai



Comments